Isu Keselamatan Di SK Balaban Jaya, Murid Akan Dipindahkan Sementara Ke SK Pekan Beluran

11 Apr 2026 • 4:44 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Isu Keselamatan Di SK Balaban Jaya, Murid Akan Dipindahkan Sementara Ke SK Pekan Beluran

Murid di SK Balaban Jaya akan dipindahkan ke SK Pekan Beluran susulan isu akses pendidikan dan keselamatan.

Menerusi kenyataan media, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkata pihaknya prihatin terhadap isu tersebut dan mengambil tindakan segera.

Menurutnya, isu ini berpunca daripada kerosakan pada sebahagian infrastruktur yang diakibatkan oleh pergerakan tanah dan cerun, menjadikan sekolah tidak berada dalam keadaan selamat.

KPM menjelaskan bahawa Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah telah melaksanakan beberapa sesi libat urus (SLU) bersama-sama dengan pihak berkepentingan termasuk ibu bapa dan masyarakat setempat bagi mencari jalan penyelesaian.

"Tindakan segera yang akan diambil termasuk memindahkan sementara murid ke SK Pekan Beluran dan menyediakan pengangkutan untuk membawa murid ke sekolah berkenaan.

"Langkah ini bagi memastikan pembelajaran murid tidak terjejas dan ibu bapa tidak terbeban," katanya.

KPM menegaskan pihaknya bertanggungjawab penuh dalam memastikan keperluan pendidikan untuk semua murid yang terjejas di SK Balaban Jaya terpelihara.

"Pada masa yang sama, aspek keselamatan dan kesejahteraan seluruh warga sekolah turut diberi perhatian," katanya.

Selain itu, kerja naik taraf di SK Sungai Nangka juga akan dilaksanakan segera bagi memenuhi keperluan penyuraian murid sementara menunggu pembinaan baharu SK Balaban Jaya.

Baca juga: