Isu KLSCAH: Hannah perlu berhenti beri jawapan sambil lewa, segera dedah pekeliling RM4.67 susut jadi RM 1,000

LocalPolitics
17 Nov 2026 • 1:38 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Isu KLSCAH: Hannah perlu berhenti beri jawapan sambil lewa, segera dedah pekeliling RM4.67 susut jadi RM 1,000
Manndzri (dua dari kanan) ketika mengadakan sidang akhbar pada Selasa.

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh perlu berhenti memberi jawapan sambil lewa dan segera tampil menjelaskan beberapa perkara utama berhubung keputusan kerajaan mengenakan premium tanah RM1,000 kepada Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH).

Ahli Parlimen Tenggara, Manndzri Nasib berkata, ia termasuk mendedahkan pekeliling, formula pengiraan rasmi dan asas penilaian yang membolehkan RM 4.67 menyusut menjadi RM 1,000 selepas kegunaan tanah ditukar daripada komersial kepada institusi.

Menurutnya, ini kerana pengurangan drastik sebanyak 99.98 peratus daripada anggaran nilai asal menimbulkkan persoalan serius mengenai ketirisan hasil kerajaan di tengah-tengah ibu negara.

“Ketika rakyat biasa dan peniaga kecil ditekan dengan pelbagai cukai serta syarat ketat dalam urusan tanah, sebuah entiti di lokasi segi tiga emas di sini diberikan pajakan maksimum hampir satu abad pada harga yang tidak masuk akal.

“Penjelasan menteri dengan alasan penukaran status tanah kepada institusi dan pewartaaan bangunan warisan langsung tidak menjawab keresahan sebenar rakyat.

“Selain itu, emandangkan tapak tersebut telah diiktiraf sebagai aset Warisan Kebangsaan sejak 2007, mengapa kerajaan tidak membangunkannya secara kerjasama strategik sebagai hab pelancongan warisan dan kebudayaan nasional yang mampu menjana ekonomi serta memberi pulangan terus kepada rakyat berbanding menyerahkan pajakan penuh hampir satu abad kepada satu pihak dengan harga RM1,000,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar Sekretariat Ahli Parlimen Barisan Nasional berhubung isu pajakan KLSCAH di abngunan Parlimen pada Selasa.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan mengenai kontroversi berhubung penetapan premium tanah RM1,000 kepada KLSCAH sebelum ini mencetuskan kritikan beberapa pemimpin politik dan aktivis yang mempersoalkan kewajaran pengurangan kadar berkenaan daripada anggaran asal RM4.67 juta.

Antara perkara yang dibangkitkan ialah soal kesaksamaan pemberian pengurangan premium kepada institusi lain, selain persoalan sama ada kerajaan memberikan layanan berbeza kepada organisasi tertentu.

Tambah Manndzri, menteri juga perlu memperjelaskan maksud tanah 'tiada nilai komersial'.

"Merujuk kenyataan menteri bahawa tanah KLSCAH tidak lagi mempunyai nilai pembangunan komersial selepas kegunaannya ditukar kepada institusi, adakah penjelasan tersebut hanya merujuk kepada sekatan pembangunan atau turut mencerminkan penilaian rasmi tanah berkenaan?

"Kementerian mesti mengemukakan asas penilaian selepas perubahan kegunaan tanah serta menjelaskan bagaimana sekatan tersebut diambil kira dalam penetapan premium RM1,000," ujarnya.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved