
PAPAR: Kekurangan bekalan gula di Pantai Barat Selatan dan Tawau akan dapat diselesaikan apabila bekalan tambahan dihantar pada pertengahan bulan ini, kata pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali.
Beliau berkata kementerian menerima aduan daripada peniaga termasuk pengusaha restoran bahawa kekurangan itu menjejaskan operasi perniagaan mereka sejak satu hingga dua minggu lalu.
Armizan berkata keadaan di Sabah adalah terkawal.
“Saya menerima laporan mengenai kekurangan bekalan gula di kawasan tertentu di Sabah dan kita perlu meneliti perkara ini secara holistik.
SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more “Saya difahamkan isu yang timbul sejak seminggu dua ini melibatkan pengedaran di peringkat pemborong hingga peruncit.
“Kita telah mengambil pendekatan segera untuk melihat isu membabitkan pemborong dengan menghantar bekalan tambahan yang akan tiba di Sabah pada pertengahan Ogos ini bagi menyelesaikan masalah kekurangan gula,” katanya.
Armizan yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah & Sarawak, Tugas-tugas Khas) berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian mesyuarat Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) cawangan Pantai Manis di sini, baru-baru ini.
Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Pantai Manis Datuk Seri Abdul Rahim Ismail merasmikan majlis itu dihadiri kira-kira 1,000 ahli parti dan bahagian itu mempunyai 65 cawangan dengan 3,000 ahli, setakat ini.
Mengenai jumlah tan tambahan gula yang akan dihantar ke Sabah tidak lama lagi, Armizan berkata kementerian sedang menilai stok sedia ada yang boleh memenuhi keperluan tetapi memberi jaminan bekalan gula alternatif akan dihantar ke Sabah bulan ini, tidak lama lagi.
Armizan berkata beliau telah mengarahkan kementerian untuk melihat semula bekalan barangan keperluan ini di Sabah dan menambah bekalan bagi memastikan peniaga Sabah tidak akan menghadapi kekurangan itu lagi termasuk pada masa hadapan.
“Jarak dengan semenanjung tidak sepatutnya menjadi isu untuk menafikan hak rakyat di Sabah menerima bekalan barangan keperluan.
“Jika di Semenanjung, logistiknya agak mudah apabila bekalan boleh dihantar dalam tempoh setengah hari atau sehari.
“Tetapi di Sabah, logistik memerlukan pengangkutan udara dan laut, justeru kita perlu memastikan margin rizab mencukupi dan sesuai untuk keperluan di Sabah dan Sarawak, supaya bekalan tidak terputus,” katanya.
Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, pengguna termasuk peniaga termasuk kedai runcit, peniaga kecil-kecilan yang menjual kuih tradisional dan pemilik restoran menghadapi kekurangan gula di pasaran tempatan.
Banyak pasar raya dan pemilik kedai hanya membenarkan pengguna membeli satu atau dua bungkus gula pada satu masa. Ada yang mengadu bahawa mereka tidak dapat membeli lebih banyak kerana kekurangan bekalan yang menjejaskan perniagaan mereka.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
