Isu monopoli: KPDN kenal pasti beberapa syarikat - Salahuddin

25 Mar 2023 • 3:36 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Salahuddin

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengenalpasti beberapa syarikat di bawahnya yang terlibat berkaitan isu monopoli.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat kabinet yang lepas.

Bagaimanapun ujar beliau, pihaknya bersedia memanggil mana-mana pemain industri atau pihak yang berminat untuk tampil menjadi pembekal.

"Ini kerana polisi kerajaan sekarang untuk kita buka kepada mereka yang berminat.

"Melalui Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC), kita akan pastikan ia memainkan peranan untuk meneliti perkara tersebut," katanya dalam sidang selepas Majlis Pelancaran Jualan Rahmah Hari Raya Sabella di sini pada Sabtu.

Pada Sabtu, Sinar Harian melaporkan, Anwar menyatakan kerajaan sedang mengkaji semula semua monopoli yang wujud di dalam negara pada masa ini sebagai langkah untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik dan adil kepada rakyat pada kos yang berpatutan.

Beliau berkata, semua kementerian telah diarahkan untuk mengkaji kewajaran pelaksanaannya supaya terdapat suatu penilaian adil terhadap isu berkenaan.

Sementara itu, Ketua Pengarah Bahagian Penguatkuasa KPDN, Datuk Azman Adam pula menjelaskan isu monopoli itu akan diteliti kerana ia melibatkan sesuatu syarikat.

"Industri berkaitan telur dan ayam ini sebenarnya ramai pemain (syarikat).

"Berkaitan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, kita akan melihat sesuatu perniagaan mengungguli dan akan meneliti sedalam-dalamnya," ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved