Isu PA ‘Kekwat’, Khairulaming Mohon Maaf Dan Buang Segala Kontak PA Dari Semua Akaun Media Sosial

9 Sep 2022 • 3:53 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kalau setiap bulan puasa je, mesti tengok video dia

Isu PA ‘Kekwat’, Khairulaming Mohon Maaf Dan Buang Segala Kontak PA Dari Semua Akaun Media Sosial. Setiap kali nampak video resipi makanan, anda mesti dah kenal sangat dengan tagline ‘Hey whats up guys‘ ni kan?

Khairul Aming selebriti sosial yang terkenal dengan sifatnya yang humble dan suka menolong usahawan kecil. Bermula daripada berkongsikan content masakan di media sosial, kini dirinya semakin mengorak langkah sebagai usahawan.

image is not available
Isu PA ‘Kekwat’, Khairulaming Mohon Maaf Dan Buang Segala Kontak PA Dari Semua Akaun Media Sosial

PA Khairul Aming menjadi isu kerana bermulut puaka

Namun, baru-baru ini telah tular isu mengenai dengan pembantu peribadi (PA) Khairul Aming telah membalas perbualan dari sesetengah orang yang ingin berurusan dengan Khairul Aming dengan cara yang kasar dan sinis.

Terdapat sebuah ciapan oleh seorang pengguna Twitter meluahkan rasa tidak puas hati terhadap PA Khairul Aming telah tular sejak 7 September 2022. Menerusi ciapan tersebut, lelaki ini mendakwa PA Khairul Aming bersikap ‘kekwat’ dan bermulut puaka apabila dihubungi untuk berurusan dengan selebriti sosial tersebut.

image is not available
Sumber: Twitter

Ramai rupanya yang pernah terkena dengan PA Khairul Aming

Apa yang lebih mengejutkan apabila meninjau di ruangan balas, ramai yang juga menghadapi situasi sama ketika berurusan dengan PA Khairul Aming. Ramai yang mengatakan bahawa mereka agak kurang senang dengan cara PA ini apabila dihubungi.

Susulan itu, Khairul Aming tampil di ruangan balas dan mohon maaf atas pengalaman buruk dialami oleh ramai pihak dengan pengurusnya. Pagi tadi, Khairul Aming turut kongsi ciapan di laman Twitter nya untuk menjelaskan isu tersebut.

image is not available
Sumber: Twitter @khairulaming

Khairul Aming tampil minta maaf kepada pihak yang pernah berurusan dengan PA nya

Penjelasan Khairul Aming, dia telah menjelaskan bahawa dia telah buang segala kontak PA dari semua akaun media sosial dan memohon maaf lagi sekali kepada mana-mana pihak yang pernah berurusan dengan PA dia.

Jelas Khairul Aming juga, buat masa ini dia akan berhenti sekejap buat video untuk pelanggan, termasuk produk makanan, restoran atau seminar dan lain-lain, dan ingin fokus melakukan apa yang dia suka dari 7 tahun lepas, iaitu video masak.

image is not available
Sumber: Twitter @khairulaming

Rupa-rupanya PA Khairul Aming itu sendiri adalah merupakan kawannya yang dia percaya selama ini untuk mengendalikan pengurusan. Mengambil nasihat orang ramai, Khairul Aming akui bahawa mengasingkan friendship dan business adalah perkara yang sukar untuk dia kendalikan kerana semuanya dia bermula dari bawah bersama kawan-kawannya.

Sebelum ini, Sambal Nyet milik Khairul Aming pernah diciplak oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Baca pautan di bawah: