Isu Palestin: JAIS seru masjid, surau anjur solat hajat, Qunut Nazilah

10 Oct 2023 • 12:26 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyeru semua masjid dan surau di Selangor bersolidariti dengan melaksanakan solat hajat selepas solat fardu maghrib atau isyak serta bacaan Qunut Nazilah serta-merta, selama tujuh hari berturut-turut bagi mendoakan kesejahteraan rakyat Palestin.

Pengarahnya Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata seruan itu dibuat bagi mengharapkan bantuan daripada Allah agar rakyat Palestin diberikan kekuatan dan keyakinan untuk terus mempertahankan kedaulatan tanah suci Baitulmuqaddis daripada cengkaman imperialisme.

“JAIS mengutuk sekeras-kerasnya tindakan serangan terhadap rakyat Palestin di Semenanjung Gaza. JAIS menyokong penuh apa juga tindakan rakyat Palestin dalam mempertahankan maruah dan tanah air Baitul Aqsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

“Semoga  kemenangan dan keamanan buat rakyat Palestin akan tercapai dengan doa seluruh umat Islam lalu memperoleh bantuan daripada Allah,” katanya.

Pertempuran terkini di Palestin yang melibatkan Hamas, pihak berkuasa di Gaza, dan rejim Israel sejak 7 Okt telah mengakibatkan kehilangan ratusan nyawa kedua-dua belah pihak. - 10 Oktober, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved