Isu pekerja asing: Jawatankuasa Kabinet bermesyuarat minggu depan

LocalPolitics
26 Jun 2026 • 4:54 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Isu pekerja asing: Jawatankuasa Kabinet bermesyuarat minggu depan
Fahmi

PUTRAJAYA – Jawatankuasa Kabinet berhubung pekerja asing akan bermesyuarat seawal minggu hadapan bagi memastikan pelbagai isu berkaitan dapat diurus dan diselesaikan.

Jurucakap Kerajaan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, mesyuarat Jemaah Menteri yang berlangsung telah memutuskan jawatankuasa itu akan dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Menurutnya, antara perkara yang akan diberi perhatian ialah isu melibatkan pekerja asing dalam pelbagai sektor termasuk sektor makanan dan minuman (F&B).

“Jemaah Menteri telah memutuskan supaya mesyuarat Jawatankuasa Kabinet akan diadakan seawal minggu hadapan dan dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bagi memastikan isu-isu ini dapat diuruskan dan diselesaikan.

“Jadi bagi sektor-sektor yang sedang membincangkan isu pekerja khususnya pekerja asing, kita nantikan mesyuarat yang akan dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri,” katanya menerusi sidang akhbar mingguan di sini pada Jumaat.

Dalam perkembangan berbeza, Fahmi yang juga Menteri Komunikasi memaklumkan bahawa Jemaah Menteri turut meneliti maklum balas yang dikemukakan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).

Jelas beliau, maklum balas itu berkaitan tempoh bayaran oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) kepada vendor tempatan supaya dipendekkan.

“Ini bagi memastikan syarikat atau vendor tempatan dapat menguruskan aliran kewangan dengan lebih baik. Perkara ini sedang dalam pertimbangan Jemaah Menteri,” ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved