Isu pelaburan, perdagangan, tenaga kerja antara yang dibincangkan dalam pertemuan Anwar dan Ma’ruf

Politics
28 Nov 2023 • 9:44 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR — Isu kepentingan bersama antara Malaysia dan Indonesia dalam soal pelaburan, perdagangan dan tenaga kerja Indonesia antara perkara yang dibincangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Naib Presiden Indonesia, Dr Ma’ruf Amin hari ini.

Menurut Anwar, pertemuan berkenaan juga merupakan peluang untuk kedua-dua pemimpin mengukuhkan tekad dan muafakat antara dua negara serumpun.

“Kami juga senada untuk memastikan isu berbangkit melibatkan kedua-dua negara dapat diselesaikan sesegera mungkin,’’ katanya menerusi hantaran di Facebook.

Anwar berkata, pertemuan itu diadakan sebaik sahaja beliau tiba di Kuching, Sarawak, petang tadi.

Dalam pertemuan itu, Ma’ruf turut menyentuh isu Palestin di mana beliau memaklumkan mengenai Hospital Indonesia di Gaza yang terpaksa dikosongkan akibat diserang rejim Zionis Israel.

“Saya juga maklumkan telah memberi kenyataan tegas terkait isu Palestin bersama Bapak Presiden, Jokowi di hadapan Presiden Joe Biden sewaktu menghadiri sidang Apec 2023 di San Francisco,’’ katanya.

Anwar turut memaklumkan, dalam pertemuan itu, Ma’ruf memuji Kerajaan Madani yang kini bertambah kukuh dan stabil selain berharap Malaysia dan Indonesia dapat bergerak sederap pada masa mendatang.

“Mendoakan agar hubungan kedua-dua negara terus mekar sekali gus membawa manfaat kepada rakyat keseluruhannya, Insya-Allah,’’ katanya. – 28 November, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved