Isu Pelampung Jatuh, Ini Kenyataan Pihak Pengurusan Sky i-City

LocalEntertainment
1 Feb 2025 • 11:59 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
gelongsor

Baru-baru ini, kecoh diperkatakan mengenai pusat permainan di Sky City, Taman Tema I-City, Shah Alam apabila pelampung pada permainan gelongsor tiba-tiba jatuh dan menimpa seorang pengunjung.

Siasatan lanjut yang dibuat pihak polis mendapati Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah mengeluarkan kompaun kepada pengurusan taman tema pada 14 November 2024 di atas kesalahan pembinaan tanpa kelulusan bertulis daripada MBSA.

Pelanggan boleh tukar tiket atau meminta ‘refund’

image is not available

Insiden ini juga telah menyebabkan taman tema berkenaan terpaksa menutup permainan tersebut buat sementara waktu.

Terbaru, pihak pengurusan Sky i-City menerusi kenyataan media menawarkan dua penyelesaian kepada pelanggan yang telah membeli tiket.

image is not available

Cara pertama, pelanggan boleh menukar tiket mereka untuk menikmati tarikan lain di i-City. Cara kedua, pelanggan boleh meminta pulangan wang penuh mengikut kesesuaian dengan menghubungi talian 03-55218800.

Pihak pengurusan Sky i-City janji akan beroperasi semula

image is not available

Pihak pengurusan juga sedang giat berusaha untuk menyelesaikan isu ini dan memulakan semula operasi secepat mungkin.

Kami kekal komited dalam menyokong Visit Selangor 2025 dan Visit Malaysia 2026 serta mempromosikan Selangor sebagai destinasi pelancongan utama.

Kini kes disiasat di bawah Seksyen 6 Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan Negeri Selangor 1995 kerana beroperasi tanpa lesen, yang jika sabit kesalahan, boleh membawa denda maksimum RM25,000 atau hukuman penjara sehingga tiga tahun.

Selain itu, kes turut disiasat mengikut Seksyen 337 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan akibat tindakan yang boleh membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain.

#OhmediaNasihat

Jadi, kepada sesiapa yang dah membeli tiket tu, korang bolehlah menukar tiket atau mendapatkan ‘refund’ semula.

Paling penting sekali, kejadian ini menjadi peringatan kepada pengusaha taman tema untuk memastikan setiap permainan mematuhi garis panduan keselamatan dan mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Sinar Harian


The post

appeared first on

.