Isu pelarian Palestin: ‘Jangan rumitkan lagi masalah Sabah’

LocalPolitics
22 Nov 2023 • 4:41 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Membuka pintu kepada pencari suaka dan pelarian dari Timur Tengah atau mana-mana negara, akan merumitkan lagi pelbagai masalah sedia ada berkaitan dengan imigresen dan mereka yang tidak memiliki dokumen diri di Sabah.

Ahli Majlis Tertinggi Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk William Majinbon berkata, Sabah sudah mempunyai pelbagai masalah berkaitan dengan pendatang tanpa izin daripada Filipina yang sudah berpuluh tahun tidak selesai.

“Selepas itu kita ada masalah penduduk tempatan sendiri yang tidak ada dokumen diri, kemudian kanak-kanak jalanan tidak mempunyai negara. Menerima pelarian akan menambahkan lagi beban di bahu rakyat tempatan Sabah.

“Kita mesti bertanya kepada diri sendiri. Adakah kita mempunyai kapasiti untuk menangani semua komplikasi ini? Lebih tepat lagi kita mesti bertanya kepada diri sendiri, adakah kita mempunyai penyelesaiannya?”