Isu pembangunan terus belenggu masyarakat Sukau

LocalPolitics
10 Jan 2025 • 12:26 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sabah Publishing House Sdn Bhd

KINABATANGAN: Isu-isu pembangunan yang membelenggu masyarakat di Sukau, termasuk tandas awam Kampung Bilit yang tidak lagi dapat digunakan serta projek pembinaan Rumah SMJ yang terbengkalai, adalah mengecewakan, kata Ketua Pemuda Umno Kinabatangan, Mohd Kurniawan Naim Moktar.

“Situasi ini menunjukkan kelemahan dalam pengurusan dan pelaksanaan projek,” katanya dalam kenyataan.

AdvertisementBeliau merujuk kepada suatu video yang disiarkan oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Sukau, Juslee Arpaih pada awal tahun lalu, yang menyalahkan Adun Sukau Datuk Jafry Ariffin berhubung tandas awam di Kampung Bilit.

Bagaimanapun, Kurniawan menegaskan, “Ia tidak wajar untuk menyalahkan Adun Sukau kerana kemudahan tersebut sudah disediakan sebelum ini.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Penjagaan harta awam adalah tanggungjawab bersama, dan kerosakan yang berlaku saban tahun perlu diselesaikan melalui kerjasama, bukannya sekadar menuding jari kepada pihak lain.”

Kurniawan mengkritik tiadanya peruntukan daripada Ketua Menteri untuk membaiki tandas itu sejak lebih setahun lalu.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Malangnya, PPM Sukau masih merungut dan menyalahkan pula Barisan Nasional (BN), yang kini merupakan pembangkang di Sabah,” tambahnya.

Mengenai projek Rumah SMJ, Kurniawan mendedahkan, daripada 30 unit rumah yang dijanjikan, hanya enam unit sudah siap.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Lebih mengecewakan, kontrak pembinaan dilanjutkan sebanyak tiga kali dan dijadualkan tamat pada Februari 2025. Namun, tiada kerja-kerja pembinaan dimulakan.

“Sebaliknya, masyarakat diminta menanggung kos meluaskan tapak pembinaan, yang menelan belanja ribuan ringgit,” jelasnya.

Kurniawan memberi amaran, jika kontraktor yang dilantik masih gagal menyelesaikan projek ini dalam tempoh lanjutan terakhir, beliau akan membuat laporan rasmi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Saya sendiri akan memastikan pihak bertanggungjawab diadili,” katanya.

Kurniawan turut mengajak PPM Sukau untuk bersama-sama membuat laporan kepada SPRM, sekiranya yakin tiada penyelewengan berlaku.

“Sebagai pemimpin, kita perlu bertindak berani dan telus. Masyarakat Sukau tidak patut terus dianiaya,” katanya.

Beliau menyeru semua pihak berkaitan untuk segera tampil memberikan penjelasan serta menyelesaikan masalah ini demi kesejahteraan masyarakat di Sukau.