Isu Pengacara Radio: Polis Sedang Lengkapkan Siasatan – Ketua Polis Negara

LocalPolitics
5 Mar 2025 • 8:59 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) — Polis sedang melengkapkan siasatan berhubung kes video tular memaparkan tiga pengacara radio Era FM milik Astro didakwa mempersendakan upacara keagamaan Hindu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi Bernama berkata kertas siasatan berhubung kes berkenaan akan dihantar ke Pejabat Peguam Negara (AGC) dalam masa terdekat.

Beliau berkata enam individu dari stesen radio berkenaan telah hadir ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini bagi memberi keterangan.

Keenam-enam individu itu hadir kira-kira 10.30 pagi dan sesi keterangan berlangsung lebih dua jam dengan siasatan dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman dan sebanyak 44 laporan polis diterima berkaitan isu berkenaan, setakat hari ini.

Bagaimanapun, tiga penyampai radio terkenal itu gagal ditemui pihak media kerana kenderaan yang membawa mereka tidak melalui kawasan tempat media menunggu.

Sumber: BERNAMA