Isu pengalihan aset utiliti punca kelewatan

LocalPolitics
22 Feb 2025 • 3:41 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Marutin Ansiung

NABAWAN: Kelewatan kerja-kerja naik taraf Jambatan Sungai Pancuran di Kilometer 0.20 Jalan Nabawan Township disebabkan isu aset-aset utiliti yang perlu dialihkan terlebih dahulu.

Menteri Kerja Raya Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, aset-aset utiliti yang berhampiran menghalang kerja-kerja pembinaan jambatan tersebut.

AdvertisementUntuk status terkini, Shahelmey, yang juga Ahli Parlimen Putatan memberitahu, Sabah Electricity telah memberi maklum balas skop dan anggaran kerja kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) Nabawan pada 12 Februari.

“Ia diteliti oleh pihak Wakil Pegawai Penguasa dan dipanjangkan kepada Bahagian Jambatan JKR Sabah,” katanya mengulas status terkini pembinaan jambatan tersebut. Shahelmey Yahya

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Katanya, Telekom Malaysia (TM) juga telah memaklumkan kepada JKR Nabawan, kerja-kerja pengalihan aset akan dilakukan sendiri, dengan status terkini menunggu kelulusan skop dan bajet daripada Ibu Pejabat TM di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, katanya, Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) masih belum membekalkan skop dan anggaran pengalihan aset kepada pihak JKR walaupun sudah diminta berbuat demikian selewat-lewatnya 14 Februari lepas.

Advertisement“Berikutan isu pengalihan aset-aset utiliti ini, pihak JKR Sabah telah mengeluarkan surat ‘Delay in giving Site Possesion date’ kepada pihak kontraktor melalui surat Pegawai Penguasa bertarikh 18 Februari, yang mana tarikh penyerahan tapak akan dikemaskini setelah semua isu di tapak diselesaikan untuk membolehkan pihak kontraktor dapat memasuki tapak dan memulakan kerja-kerja fizikal,” jelasnya.

Baru-baru ini Sabah Electricity, TM dan JANS diminta untuk menyerahkan dokumen skop dan anggaran kerja terkini pemindahan utiliti masing-masing selewat-lewatnya 14 Februari ini kepada Wakil Pegawai Penguasa JKR.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Menurut papan tanda projek naik taraf itu, tarikh mula pembinaan ialah 25 Mac 2024 dan tarikh siap pada 25 September 2025.

Kelewatan pembinaan jambatan ini menimbulkan pelbagai persepsi dalam kalangan penduduk di daerah ini.

Mereka mempersoalkan kelewatan naik taraf jambatan tersebut, yang kontraktornya sudah dilantik tetapi kerja-kerja belum dimulakan.