Isu pengampunan Najib bukan kuasa kerajaan, UMNO: PM

Politics
26 Oct 2022 • 3:22 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Ismail Sabri berucap ketika merasmikan kompleks bangunan baharu Media City serta mengumumkan nama baharunya sebagai Angkasapuri Kota Media pada Rabu. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Kerajaan dan UMNO konsisten untuk tidak mencampuri urusan mahkamah melibatkan mana-mana individu di negara ini termasuk isu berkaitan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dibangkitkan pihak tertentu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, isu pengampunan seseorang yang telah disabitkan di mahkamah adalah terserah kepada semakan kehakiman dan Lembaga Pengampunan.

"Isu pengampunan Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak), kuasa bukan kerajaan, bukan di tangan UMNO, kita hormati apa sahaja keputusan mahkamah, ia terpulang kepada semakan kehakiman dan lembaga pengampunan yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Angkasapuri Kota Media di sini pada Rabu.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata demikian ketika ditanya berkenaan kenyataan seorang penganalisis politik yang tular di Twitter, mendakwa Najib akan mendapat pengampunan penuh jika BN berjaya membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved