Isu Pengampunan Najib Razak, Kenyataan Rasmi Dijangka Minggu Ini – Dr Zaliha

LocalPolitics
2 Feb 2024 • 1:50 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Kenyataan rasmi berhubung isu pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka akan dikeluarkan pada minggu ini.

image is not available

Foto: Utusan Malaysia

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata, beliau berharap kenyataan daripada Lembaga Pengampunan akan dikeluarkan minggu ini, lapor Bernama.

“Itu nanti kita tunggu kenyataan Lembaga Pengampunan, insya-Allah minggu ini kita harapkan,” katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian Hari Wilayah Persekutuan dan Hari Terbuka Putrajaya 2024 hari ini.

image is not available

Foto: Bernama

Dalam pada itu, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dilaporkan berkata isu pengampunan Najib turut dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet pada Rabu.

Namun begitu, beliau turut mengingatkan agar pengamal media tempatan dan luar negara untuk menunggu kenyataan rasmi Lembaga Pengampunan sebelum membuat laporan mengenai isu tersebut.

Kenyataan rasmi isu pengampunan najib dijangka minggu ini

Foto: Harian Metro

Hal ini kerana, salah satu media antarabangsa iaitu Channel NewsAsia (CNA) menulis dalam laporannya mendakwa Najib telah diberikan pengurangan hukuman daripada 12 kepada enam tahun.

Media itu turut memetik sumber termasuk pegawai kanan kerajaan dan melaporkan pengurangan hukuman penjara terhadap Najib atas kesalahan rasuah dibuat Lembaga Pengampunan dalam mesyuarat pada Isnin lepas.

Sumber: Bernama