Isu penganiayaan bapa terhadap anak perempuan, letak kepercayaan kepada sistem perundangan

8 Sep 2022 • 5:28 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

KUALA LUMPUR: “Seorang anak yang dianiayai bapanya dari sudut seksual dan emosi bukanlah satu isu yang kecil. Saya tidak pasti kebenarannya kerana satu-satunya kaedah untuk mensahihkannya adalah muka pengadilan. Tindakan untuk melaporkan ke balai polis adalah amat wajar dan paling utama.” tulis Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri pada posting terbaharunya di Facebook.

Tugas ‘menghukum’ bagi isu penganiayaan sebegini terletak di bawah bidang kuasa pihak berautoriti. Atas faktor tersebut, masyarakat perlu dididik untuk bersikap lebih berhati-hati.

Menurutnya, apabila berlaku konflik kekeluargaan seperti yang tular di media sosial baru-baru ini, ia adalah saat terbaik masyarakat untuk kembali muhasabah peranan masing-masing sebagai anak dan ibu bapa serta memperkukuh kekurangan yang ada pada isu dalaman keluarga masing-masing.

Ia akan menentukan bagaimana kesudahannya bagi si anak samada masalah itu dipendam dan anak terus merana, atau dibongkar sehingga orang ramai pula yang menghakimi.

image is not available“Dari sinilah baru kita belajar tentang keperluan pemeliharaan aib dan kepentingan untuk menyalurkan masalah hanya kepada pihak berautoriti. Sistem sokongan seperti ini tidak akan berhasil tanpa ibu bapa dan ahli keluarga yang cakna dan benar-benar memainkan peranannya.” tambah beliau lagi.

Beliau menyimpulkan, kita perlu meletakkan sepenuh kepercayaan kepada sistem perundangan kita. Di samping itu, sebagai Muslim yakinlah Allah Maha Adil lagi Bijaksana. Besarnya tanggungjawab ibu bapa, besar juga dosa yang ditanggung jika amanah tidak dilunaskan sebaiknya.