Isu pengusiran di Kudat: Hanya dua rumah terlibat

LocalPolitics
26 May 2025 • 9:24 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sabah Publishing House Sdn Bhd

KUDAT: Bekas Ahli Parlimen Kudat Datuk Amir Kahar Mustapha tampil memberi penjelasan berhubung notis pengusiran yang didakwa dikeluarkan kepada penduduk Kampung Landong Ayang, dengan menegaskan bahawa situasi berkenaan disalah tafsir.

Dalam kenyataan media pada Ahad, Amir yang juga bekas Ahli Parlimen Kota Marudu berkata, notis pengusiran bertarikh 19 Mei 2025 yang dikeluarkan oleh Jabatan Tanah dan Ukur Sabah itu hanya membabitkan dua rumah di kampung terbabit dan bukannya seluruh komuniti seperti yang didakwa sesetengah pihak.

“Rumah yang terlibat terletak sepenuhnya dalam kawasan yang telah diwartakan,” kata Amir yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Banggi.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Kenyataan beliau hadir susulan kebimbangan penduduk serta spekulasi di media sosial berhubung dakwaan pengusiran besar-besaran.

Beliau berkata proses penyampaian notis dilakukan secara teratur dan telus sepenuhnya.

Ketua Daerah Kudat Aliasgar Alibaba turut hadir semasa penyampaian notis bagi memastikan tatacara yang betul dipatuhi.

Amir turut menolak dakwaan kononnya seluruh kampung terancam dengan pengusiran, malah menegaskan perkara ini bukanlah sesuatu yang berlaku secara tiba-tiba.

“Penduduk terlibat sudah dimaklumkan mengenai status tanah berkenaan secara berulang kali sepanjang 20 tahun lepas, sekali gus menolak dakwaan kononnya notis pengusiran itu dikeluarkan tanpa sebarang amaran.

“Tiada unsur paksaan atau tindakan mengejut yang diambil tanpa pemakluman terlebih dahulu,” katanya sambil menegaskan, pihak berkuasa telah mengikuti prosedur yang betul sepanjang proses itu.

Bekas wakil rakyat itu turut menggesa semua pihak agar tidak terpengaruh dengan fitnah serta tuduhan palsu yang tidak bertanggungjawab berkaitan isu tersebut.

Beliau menyeru semua pihak memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa bagi menyelesaikan perkara itu secara harmoni dan bijaksana.

“Sebagai bekas wakil rakyat di kawasan ini, saya tetap prihatin dengan nasib rakyat, sambil menghormati undang-undang dan hak pihak berkuasa yang sah,” katanya.

View Original Article