Isu Petrol RON95: Petron, Caltex Mula Bayar Ganti Rugi

LocalPolitics
5 Nov 2026 • 4:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

Isu Petrol RON95: Petron, Caltex Mula Bayar Ganti Rugi

image.png

Syarikat minyak Petron dan Caltex mula membayar ganti rugi secara ihsan kepada pemilik kenderaan yang mengalami kerosakan enjin akibat isu pencemaran petrol RON95.

Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd Ali mengesahkan di Dewan Rakyat pada Khamis bahawa pampasan diberikan mengikut kriteria khas sementara analisis lanjut Jabatan Kimia dijalankan.

image.png

Petron, Caltex Mula Bayar Ganti Rugi Secara Ihsan

Pembayaran ganti rugi secara ihsan ini diberikan khusus kepada pengguna yang telah membuat aduan lengkap berserta dokumen sokongan yang sah.

Walau bagaimanapun, langkah ini dilaksanakan berpandukan kriteria khas tanpa sebarang pengakuan kesalahan atau liabiliti rasmi daripada pihak syarikat minyak buat masa ini.

"Pembayaran tersebut akan diberikan kepada pelanggan yang telah mengemukakan aduan lengkap berserta dokumen sokongan yang sah,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pada Khamis.

Ujian Jabatan Kimia: Tiada Unsur Air Dalam Petrol RON95

Menjawab soalan Abdul Latiff Abdul Rahman (PN-Kuala Krai), Armizan menjelaskan bahawa ujian awal oleh Jabatan Kimia ke atas 43 sampel petrol mendapati tiada kandungan air dikesan.

Laporan awal bertarikh 29 Oktober menunjukkan tahap kandungan air berada di bawah 0.05 peratus, iaitu di bawah had minimum pengesanan.

Kini, fokus siasatan dialihkan kepada kemungkinan kehadiran benda asing lain serta perubahan formula bekalan petrol pada tempoh tertentu.

Secara keseluruhan, sebanyak 262 sampel petrol RON95 telah diambil dari lapan negeri dan tiga depoh utama sejak aduan pertama diterima pada 3 Oktober.

Insiden Bukan Kes Terpencil, Stesen Minyak Masih Ditutup

Pihak Petron dan Caltex turut menghantar sampel bahan api ke makmal luar negara bagi mengenal pasti punca sebenar kerosakan enjin kenderaan pengguna.

Walaupun siasatan belum konklusif, KPDN mengesahkan isu ini tidak melibatkan keseluruhan rantaian bekalan nasional, sebaliknya tertumpu pada tempoh dan lokasi tertentu.

Kawasan yang paling terjejas teruk dikenal pasti di Kedah dan Pulau Pinang, di mana beberapa stesen minyak masih terpaksa ditutup sehingga hari ini.

Bagi menaikkan standard kawalan kualiti, KPDN sedang membuat penandaarasan bersama negara luar seperti Singapura, United Kingdom, dan Australia.

Hak Pengguna: Boleh Fail Kes ke TTPM Jika Tidak Puas Hati

Bagi pemilik kenderaan yang merasakan jumlah pembayaran ganti rugi yang ditawarkan tidak memadai, pelbagai saluran undang-undang masih terbuka.

Pengguna boleh membuat aduan rasmi terus kepada pihak KPDN atau memfailkan tindakan sivil di mahkamah.

Selain itu, kes juga boleh dirujuk kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) bagi mendapatkan keadilan dan pampasan yang sewajarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved