Isu Petronas-Petros panas! PM Anwar seru semua pihak tangguh tindakan, keluar kenyataan

LocalPolitics
4 May 2025 • 1:29 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini seru semua pihak tangguh tindakan atau mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai isu Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) atas dasar kepentingan bersama.

Anwar berkata, Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Sarawak akan segera mengadakan perbincangan lanjut untuk memuktamadkan urusan Petronas-Petros sekembalinya Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dari lawatan rasmi ke London, United Kingdom kelak.

“Saya telah berkesempatan bercakap dengan Premier Sarawak Abang Johari Openg semalam mengenai urusan Petronas-Petros berdasarkan prinsip yang telah disepakati sebelum ini.
“Saya mempunyai keyakinan yang tinggi bahawa isu ini dapat dirungkai dengan berhemah dengan berdiri teguh di jalur wacana yang sihat dan bermakna, Insya-ALLAH,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

image is not available

PM Anwar seru semua pihak tangguh tindakan

Pertikaian berhubung isu itu semakin memuncak apabila PETRONAS semalam mengakui menerima notis undang-undang daripada kerajaan Sarawak memaklumkan anak syarikatnya, PETRONAS Carigali, beroperasi secara haram di Sarawak dan melanggar Seksyen 7(e) Ordinan Pengagihan Gas Sarawak 2016.

image is not available

PETRONAS Carigali diberi tempoh 21 hari untuk mendapatkan lesen yang diperlukan yang mana jika gagal yang boleh membawa kepada penalti kewangan di bawah Seksyen 21A ordinan itu.

Isnin lalu, PETRONAS gagal mendapatkan injunksi di Mahkamah Tinggi Kuching untuk menghentikan saman yang difailkan syarikat petroleum Sarawak, PETROS untuk menghalang mahkamah daripada mendengar saman berkenaan pembayaran gas.