Isu polis pengiring pukul pemandu OKU, TMJ titah beri keadilan kepada mangsa

31 May 2024 • 4:16 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

TMJ titah beri keadilan kepada pemandu e-hailing Orang Kelainan Upaya (OKU) susulan dakwaan dipukul pegawai polis pengiring baginda pada kejadian 24 Mei 2024 lalu.

Gesa pasukan pengiring beri kerjasama kepada pihak penyiasat

Menerusi hantaran Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim di media sosial, baginda telah dimaklumkan berkenaan kejadian tersebut pada hari berikutnya dan menggesa pasukan pengiring keselamatan Polis Diraja Malaysia untuk bekerjasama dengan pihak penyiasatan.

image is not available

TMJ titah beri keadilan, tidak membenarkan sebarang tindakan & ugutan menyalahi undang2

Baginda sama sekali tidak membenarkan sebarang tindakan atau ugutan yang menyalahi undang-undang dan menggesa pihak berkuasa untuk menyiasat kejadian tersebut.

TMJ juga dengan tegas menitahkan agar mangsa diberi keadilan sewajarnya dan berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan undang-undang kepada polis pengiring yang didakwa melakukan perbuatan membahayakan.

“Saya tidak membenarkan sebarang tindakan atau ugutan yang menyalahi undang-undang.

“Saya menggesa pihak berkuasa untuk menyiasat secara menyeluruh berkaitan kejadian seorang pegawai polis pengiring yang didakwa melakukan perbuatan berbahaya.

“Saya berharap pihak berkuasa akan mengambil tindakan mengikut undang-undang dan memberi keadilan sebaiknya kepada mangsa.” ujarnya.

TMJ titah beri keadilan, benarkan pihak berkuasa jalankan siasatan

Walau bagaimanapun, baginda akui sedar ada gerakan yang cuba mengheret institusi diraja dengan menggunakan insiden ini.

Namun, baginda menyatakan tindakan mengaitkan dirinya serta institusi diraja dengan anggota keselamatan luar adalah perkara tidak wajar.

“Justeru, saya menggesa semua pihak membenarkan pihak berkuasa menjalankan siasatan. “

“Saya juga sedar ada gerakan mengheret institusi diraja dengan menggunakan insiden ini, tetapi mengaitkan tindakan anggota keselamatan luar dengan diri saya dan seluruh institusi diraja adalah tidak wajar,” tegas baginda.

image is not available

Terdahulu, seorang polis pengiring TMJ didakwa menyerang seorang lelaki kurang upaya (OKU) di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Walau bagaimanapun, Ketua Polis Kuala Lumpur Rusdi Mohd Isa mengesahkan kes itu sudah diselesaikan dan mengesahkan kejadian terbabit berpunca akibat salah faham arahan pergerakan mengalihkan kenderaan.