Isu projek LRT3: Anthony Loke mohon menghadap Sultan Selangor

LocalPolitics
2 Jul 2026 • 11:34 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook memaklumkan beliau akan memohon menghadap Sultan Selangor bagi memberi penjelasan lanjut berhubung projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam.

Terima teguran secara terbuka

Memetik laporan daripada Astro Awani, beliau menyatakan teguran yang dizahirkan Sultan Sharafuddin Idris Shah diterima secara terbuka dan akan dijadikan peluang untuk menjelaskan fakta serta pendirian kerajaan berhubung projek berkenaan.

Hari ini juga ada kenyataan bersama daripada Lim Guan Eng dan Tony Pua berkenaan fakta-fakta yang perlu diketengahkan. Jadi teguran itu kita terima dan saya akan cuba memohon menghadap Sultan Selangor untuk memberikan penjelasan.
“Bukannya soal kita hendak membatalkan projek itu, cuma untuk merasionalisasikan kos projek tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri majlis makan malam amal di sebuah restoran di Muar, pada Khamis.

Image from: Isu projek LRT3: Anthony Loke mohon menghadap Sultan Selangor

Dalam perkembangan sama, Anthony yang juga Menteri Pengangkutan menggesa semua pengundi supaya pulang menunaikan tanggungjawab masing-masing pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 11 Julai ini.

Beliau memaklumkan, kementeriannya telah mengambil beberapa langkah bagi memudahkan perjalanan pengundi, termasuk menambah kekerapan perkhidmatan Keretapi Elektrik (ETS).

“KTMB telah menambah trip ETS dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru. Mereka yang pulang dari Singapura juga boleh menggunakan ETS ke Segamat dan Labis, manakala mereka dari utara turut boleh menggunakan perkhidmatan itu untuk pulang ke Johor.
“Kita harap dengan pertambahan mod pengangkutan awam ini, lebih ramai pengundi akan pulang menunaikan tanggungjawab mereka,” ujarnya.

Image from: Isu projek LRT3: Anthony Loke mohon menghadap Sultan Selangor

Beliau berharap penambahan perkhidmatan pengangkutan awam itu dapat menggalakkan lebih ramai rakyat pulang mengundi sempena PRN Johor.

Sumber: Astro Awani (Shuhada Abdul Kadir)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved