Isu rasuah ADUN Sabah hanya mainan politik pembangkang

LocalPolitics
5 Dec 2024 • 4:13 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Ruddy sidang akhbar di pejabatnya, pada Khamis.

KOTA KINABALU - Isu skandal rasuah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah hanya mainan politik pembangkang, tegas ADUN Pitas, Datuk Seri Ruddy Awah.

Beliau percaya, nama-nama ADUN yang dikaitkan dengan dakwaan itu merupakan mereka yang mempunyai kedudukan yang kukuh untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.

"Ini hanyalah mainan politik pembangkang. Saya tahu mereka tiada jalan lain untuk menjatuhkan kerajaan di bawah pimpinan Ketua Menteri Sabah hari ini.

"Kita dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) baru empat tahun tetapi banyak membawa perubahan. Jadi mereka tidak berdaya lagi untuk meyakinkan rakyat selain membuat propaganda dengan mengadakan pelbagai isu," katanya ketika sidang akhbar di pejabatnya di sini pada Khamis.

Tambah Ruddy lagi, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyiasat perkara berkenaan dan ia perlu diserahkan kepada undang-undang untuk menentukannya.

"Apa hak Ketua Pemuda UMNO Sabah mengarah Ketua Menteri meletakkan jawatan.

"Saya tidak setuju dengan kepimpinan UMNO kerana mereka ini cuba untuk menarik perhatian dengan isu-isu sebegini agar Ketua Menteri membubarkan DUN, mereka mahu pilihan raya dipercepatkan," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved