Isu sampah selesai selepas 5 tahun menunggu

6 Jun 2024 • 3:37 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Lagatah Toyos

TAWAU: Sebanyak 88 keluarga di Kg Bukit Kukusan 2 (Besi Buruk) akhirnya menarik nafas lega apabila masalah mereka selesai pada Selasa selepas lebih 50 tahun berdepan isu ketiadaan tempat pembuangan sampah teratur.

Majlis Perbandaran Tawau (MPT) bersetuju untuk menyediakan kutipan sampah dengan meletakkan sebuah tong roro bagi kegunaan penduduk kampung. Abbas

Salah seorang penduduk, Abbas Rahim, 62, berkata, sejak kampung itu dibuka, penduduk terpaksa membuang sampah di kawasan terbuka kerana ketiadaan tempat pembuangan yang teratur.

Bagaimanapun, katanya, kawasan pembuangan sampah di tempat terbuka itu ditutup atas pegawai kesihatan kerana menjadi lokasi pembiakan nyamuk aedes, sekaligus mengakibatkan berlaku kes demam denggi.

SPONSORED CONTENT Hajiji says positive economic achievements prove Sabah govt’s commitment Kota Kinabalu: Chief Minister, Datuk Seri Hajiji Noor, emphasised that the positive economic achievements over the past three years underscore the Sabah government’s steadfast commitment to both the administration and development of the state. Read more Sejak itu, kata Rahim, penduduk kampung terpaksa membuang sampah sehingga ke kawasan Hilltop atau Jalan Utara, malah menumpang tong sampah orang lain bagi menguruskan sampah mereka. Yuliana

Seorang lagi penduduk, Yuliana Laandoh, 42, berkata, beberapa aduan dibuat kepada pihak berwajib sebelum ini, namun, tiada tindakan penyelesaian dilakukan.

“Justeru, ketika pertemuan dengan Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS) Tan Sri Liew Yun Fah baru-baru ini, saya ambil kesempatan untuk menyuarakan masalah tersebut.

“Wakil Tan Sri daripada PHRS bersama pegawai MPT turun ke lokasi dan membantu menempatkan sebuah tong roro di kampung ini,” katanya lagi.

Bagi Ariffin Baco, 53, dia amat menghargai usaha yang dilakukan PHRS dalam membantu menyelesaikan masalah penduduk sehingga membolehkan kawasan kampung mereka lebih bersih dan terurus.

“Terima kasih khususnya kepada kepimpinan PHRS dan MPT kerana sudi membantu mengatasi masalah kami di sini,” katanya.

Sementara itu, Naib Presiden PHRS Datuk Lim Yin Kat berkata, dalam pertemuan itu, pihak berkuasa dan penduduk mencapai kata sepakat berkaitan pengurusan kutipan sampah di kampung berkenaan.

“Secara dasarnya MPT bersetuju untuk menjalankan kutipan sampah sarap di situ menerusi penempatan sebuah tong sampah roro, manakala penduduk pula akan bertanggungjawab membayar sewa tong roro sebanyak RM850 sebulan menerusi kutipan setiap keluarga,” katanya.

Tambahnya, Liew bersetuju membayar sewa tong berkenaan bagi tempoh dua bulan pertama, manakala, penduduk mula bayar pada bulan ketiga dan seterusnya.

Lim berharap usaha tersebut dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh penduduk dalam usaha menjaga kebersihan dan kesihatan awam di kampung berkenaan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.