Isu Sewa Tapak RM400 Selesai, Faiz Soul & Pegawai MDB Sudah Bermaafan [Video]

LocalPolitics
2 Oct 2025 • 11:52 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu

Bulan lalu, tular di media sosial mengenai isu usahawan makanan dikenali sebagai Faiz Soul yang dikenakan caj sewa tapak niaga sementara di tempat letak kenderaan sebanyak RM400 oleh Majlis Daerah Baling (MDB).

Faiz tidak berpuas hati selepas seorang pegawai MDB yang dikenali sebagai Aishah telah menuduh dirinya memburuk-burukkan nama majlis di dalam ‘live’ dengan mendedahkan bayaran tapak.

Susulan itu, pemuda terbabit telah membuat lima tuntutan termasuk pampasan sebanyak RM200,000 kepada Aishah yang juga Ketua Jabatan Kesihatan Persekitaran MDB berhubung isu berkenaan.

Isu sewa tapak RM400 selesai

Terbaharu, Faiz menyatakan bahawa isu sewa tapak sementara dan permasalahannya dengan pegawai berkenaan telahpun selesai.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya, perkara itu selepas Faiz hadir ke Pejabat Menteri Besar Kedah di Wisma Darul Aman, Alor Setar.

“Setelah 20 hari, Alhamdulilah kes Aishah dan tapak niaga di Baling (RM400) dapat dinoktahkan. Satu kemenangan juga buat nasib peniaga kecil,” tulisnya di kapsyen.

Aishah dan Faiz saling mohon maaf, pegawai MDB akui kesalahan

Menurut Faiz, pegawai MDB terbabit telahpun bersemuka dengannya dan memohon maaf atas segala yang berlaku sebelum ini serta mengakui kesalahannya.

“Saya pun selaku orang muda minta maaf dekat dia (Aishah) seandainya dengan isu tular ini orang (netizen) banyak yang sebarkan gambar dia dan sebagainya. Dia menerima permohonan maaf saya dan saya pun terima permohonan maaf dia.

“Alhamdulilah dengan izin Allah isu saya dan Aishah telahpun selesai, saya harap isu Aishah ini ditamatkan. Jadi hampa pun jangan lah kata apa-apa dekat Aishah lagi, dia dah mengaku salah dan kita pun bukan Tuhan nak hukum dia lama-lama,” katanya.

Kerajaan negeri akan kaji semula harga tapak niaga sementara

Berkongsi lanjut, Faiz turut memaklumkan bahawa kerajaan negeri Kedah juga cakna dengan apa yang berlaku dan akan mengkaji semula harga sewa tapak niaga sementara di daerah Baling.

Jelasnya, harga tapak niaga yang sebelum ini dikenakan sebanyak RM400 akan diturunkan, namun belum pasti caj yang akan ditetapkan.

Dia pada masa sama turut berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana mengambil maklum isu berkenaan dan memudahkan segala urusannya.

@faizsoul_ Setelah 20 Hari, Alhamdulillah Kes Aishah & Tapak Niaga Di Baling dapat dinoktahkan. Satu kemenangan juga Buat Nasib Peniaga Kecil. Kes Aishah : -Aisyah Memohon Maaf & Mengaku Salah Kes Tapak 400 MDB : -Kerajaan Negeri Cakna & pengkajian semula harga akan dibuat #tiktoklive #faizsoul #airfaizsoul #keksouldap ♬ Powerful songs like action movie music – Tansa