Isu Silat, Johan Ghazali Kesal Kenyataannya Disalah Erti

16 Jan 2024 • 9:09 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Jojo akhirnya buka mulut, bidas kenyataan netizen

Isu Silat, Johan Ghazali Kesal Kenyataannya Disalah Erti. Sejak semalam, Johan Ghazali telah pun mencetuskan perdebatan ketika beliau memberikan pandangan bahawa muay thai lebih ‘real’ berbanding dengan silat dalam satu podcast bersama pempengaruh Tiktok.

Jojo, yang merupakan seorang petarung profesional dalam sukan MMA, telah berkongsi pandangannya mengenai dua jenis seni bela diri ini apabila ditanya oleh pempengaruh Tiktok yang menjadi hos podcast tersebut.

image is not available
Isu Silat, Johan Ghazali Kesal Kenyataannya Disalah Erti

Dalam podcast itu, beliau diminta untuk memilih sukan muay thai ataupun silat oleh hos tersebut.

Beliau menjelaskan bahawa beliau lebih memilih muay thai kerana sukan ini lebih ‘real’ berbanding silat. Beliau juga berkata bahawa beliau belum pernah bertemu dengan seorang pesilat yang benar-benar hebat secara peribadi.

“So kalau siapa-siapa silat nak challenge nak try, jom lah,” katanya dengan nada berseloroh.

Namun, kenyataan beliau itu telah disalah erti oleh netizen dan menganggap Jojo memperlekehkan silat yang merupakan warisan budaya Melayu.

Susulan itu menerusi sebuah lagi video, Jojo akhirnya membuka mulut dan menjelaskan maksud disebalik kenyataan beliau dalam podcast tersebut.

Beliau menegaskan bahawa beliau tidak berniat untuk menyakiti hati peminat silat dan meminta netizen untuk memahami konteks dan isi kandungan podcast tersebut.

Beliau juga berkata bahawa beliau tidak akan menarik balik pendapatnya kerana ia adalah pandangan peribadinya sahaja.

Tambahnya lagi, dia hanya menjawab soalan yang ditanya berdasarkan dari konteks sukan sahaja.

image is not available

Misalnya, beliau berpendapat sukan silat ‘tak best’ kerana sukan tersebut terlalu banyak peraturan dan bantahan tidak seperti sukan muay thai. Namun, beliau ambil maklum mengapa sukan tersebut mempunyai ‘rules’ sedemikian.

Baca lagi artikel menarik:

https://www.iloveborneo.my/johan-ghazali-banding-silat-dan-muay-thai/

https://www.iloveborneo.my/bintang-muda-dalam-sukan-muay-thai-ini-biodata-johan-ghazali/