Isu status halal, restoran-restoran terkenal beri penjelasan

LocalFood
4 Sep 2024 • 2:47 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Susulan kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengenai lima premis terkenal yang dikatakan bukan pemegang sijil halal, pihak premis-premis berkenaan membuat maklum balas mengenai kenyataan itu.

Seperti yang dinyatakan oleh pihak JAKIM, pengurusan Johnny’s Restaurants dan Black Canyon Malaysia turut memaklumkan premis mereka belum disahkan oleh JAKIM.

Bagaimanapun, pengurusan berkenaan menegaskan bahan makanan serta bahan mentah yang digunakan di restoran diperoleh dari pembekal yang memiliki sijil halal.

image is not available

Dalam kenyataan tersebut juga menyebut tiada penggunaan sebarang alkohol atau wain dalam pemprosesan atau penyediaan makanan dan minuman.

Tambahnya, pihak mereka sedang berusaha untuk mendapatkan pensijilan Halal daripada JAKIM.

Dalam pada itu, pengurusan Dolly Dim Sum turut mengeluarkan kenyataan berhubung isu ini.

“Dimaklumkan bahawa Dapur Berpusat (Central Kitchen) kami, yang membekalkan bahan-bahan dan makanan separa siap ke semua cawangan kami, telah menerima Sijil Halal dari JAKIM.

“Kami juga sedang dalam proses mendapatkan sijil halal untuk setiap cawangan kami. Memperoleh sijil halal Dapur Berpusat (Central Kitchen) adalah sebahagian dari langkah penting dalam keseluruhan proses pensijilan ini,” katanya.

Sementara itu, dua lagi restoran iaitu Bungkus Kaw Kaw dan Ayam Penyet Best turut mengeluarkan kenyataan yang sama.