Isu stoking kalimah Allah: Lelaki tulis komen hina Islam sudah ditahan polis

21 Mar 2024 • 11:40 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Lelaki tulis komen hina Islam di Facebook susulan isu stoking kalimah Allah telah ditahan pihak polis di sekitar kawasan dekat Cheras pada Rabu, 20 Mac 2024.

Komen isu stoking kalimah Allah

Memetik laporan dari Sinar Harian, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain memaklumkan yang pemilik akaun Facebook dikenali Chiok Wai Loong itu merupakan lelaki tempatan berusia 35 tahun.

Permohonan reman dijalankan di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah dan suspek dibenarkan untuk direman selama empat hari bermula 21 Mac hingga 24 Mac.

“Kes disiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan Undang-undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman,” katanya.

image is not available

Difahamkan, kes disiasat di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Kes masih peringkat siasatan, orang ramai digesa menjadi pengguna media sosial yang bijak.

“Sentiasa berhemah dan elakkan mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menggugat keharmonian dan perpaduan terutamanya menyentuh 3R iaitu agama (religion), raja (royal) dan kaum (race),” tegasnya.

Lelaki tulis komen hina Islam, singgung perasaan masyarakat Muslim

Terdahulu, lelaki terbabit telah meninggalkan komen berhubung isu penjualan stoking dengan kalimah Allah di KK Mart sehingga menyinggung perasaan masyarakat Islam berikutan hinaan yang dilakukan.

image is not available

Lelaki tulis komen hina Islam, minta maaf akui menyesal

Susulan daripada itu, dia telah diminta membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua umat Islam yang tersinggung dengan komen yang dibuat olehnya.

Dalam hantaran yang dibuat, dia akui sedih dan menyesal diatas apa yang dilakukan dan berharap masyarakat Malaysia dapat memaafkannya.

image is not available

Sumber: Sinar Harian (Muhammad Aminnuraliff), Facebook