Isu stoking tertera kalimah Allah: Polis Johor terima 25 laporan setakat ini

25 Mar 2024 • 3:23 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

JOHOR BAHRU: Polis Johor telah menerima 25 laporan daripada pelbagai pihak berhubung isu kalimah Allah tertera pada stoking setakat ini.

Ketua Polis Johor CP M Kumar (gambar) berkata selain itu pihaknya menerima satu laporan daripada wakil sebuah kilang yang mengadu menerima ugutan berkaitan isu berkenan.

Beliau berkata berdasarkan aduan ugutan itu dilakukan secara bersemuka pada 19 Mac lepas, namun laporan polis hanya dibuat pada 23 Mac selepas kejadian berkenaan menjadi tular di media sosial.

“Kes ini disiasat mengikut seksyen 506 kanun keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis Sambutan Peringatan Hari Polis ke-217 Tahun 2024 Peringkat Negeri Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini hari ini. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved