Isu tanah: Terengganu beri kata dua kepada Felda - selesai dalam 40 hari atau ke mahkamah

LocalPolitics
3 Oct 2025 • 12:41 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Isu tanah: Terengganu beri kata dua kepada Felda - selesai dalam 40 hari atau ke mahkamah

image is not available

03/10/2025 - 12:41

Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN

KUALA TERENGGANU 3 Okt – Kerajaan Negeri Terengganu memberi tempoh 40 hari kepada Felda untuk menyelesaikan isu tuntutan tanah seluas 14,791 hektar yang dimajukan tanpa dokumen hak milik sah atau berdepan tindakan undang-undang.

Tanah seluas 14,791 hektar itu adalah milik kerajaan negeri yang dibangunkan sebagai ladang sawit oleh Felda sejak 1985 dan kemudiannya diserahkan kepada FGV Holdings Bhd (FGV).

Ia melibatkan 10 kawasan ladang sawit di empat daerah iaitu Setiu, Marang, Dungun dan Kemaman.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Terengganu, Datuk Dr Azman Ibrahim berkata, lebih 40 tahun Felda mengusahakan tanah milik negeri tanpa dokumen hak milik sah dan Terengganu sebagai tuan tanah tidak diberikan hak yang sepatutnya.

Tambahnya, Felda sudah menuai hasil dan keuntungan besar tetapi tuntutan kerajaan negeri tidak diambil tindakan serius oleh Felda untuk menyelesaikannya.

“Malah tanah ini dipajak pula kepada FGV dan diisytiharkan di Bursa Malaysia sebagai aset FGV. Bagaimana tanah milik negeri boleh diistiharkan sebagai aset mereka?.

image is not available
Pertemuan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Terengganu, Datuk Dr Azman Ibrahim (tengah) bersama pimpinan Felda di Kuala Lumpur

“Ruang perbincangan yang dibuka oleh Kerajaan Negeri sebelum ini tak bersambut sebaiknya. Maka kami tak mampu menoleh ke belakang lagi kecuali dengan bertegas membawa mereka duduk di meja rundingan.

“Hanya ada 2 jalan yang boleh ditawarkan kali ini. Berikan hak rakyat Terengganu dalam bentuk bayaran premium tanah, cukai tanah dan perkongsian keuntungan atau melalui proses perundangan,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuatnaik di Facebook.


Tambahnya, walaupun proses perundangan akan mengambil masa yang panjang, kerajaan negeri sudah bersedia sepenuhnya.

“Kami telah datang ke Menara Felda Kuala Lumpur sebagai tuan tanah untuk menuntut hak, bukan untuk memohon ehsan Felda.

“Ruang tolak ansur yang dibuka sebelum ini terpaksa diganti dengan ketegasan.

“Tempoh 40 hari (berakhir 29 November) diberikan untuk isu ini diselesaikan atau tindakan berdasarkan lunas perundangan akan diambil,” katanya. - DagangNews.com

featured standard

View Original Article