Isu tarif Trump: Tengku Zafrul ketuai delegasi Malaysia ke Washington

9 Apr 2025 • 1:48 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz akan mengetuai delegasi Malaysia dalam rundingan mengenai tarif yang dikenakan oleh pentadbiran Donald Trump.

Menurut laporan Astro Awani, Tengku Zafrul yang bakal ke Amerika Syarikat (AS) berkata pasukan MITI yang berada di Washington bersama pejabat Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) sudah pun memulakan proses rundingan berkaitan isu tarif tersebut.

Tegas beliau, keutamaan negara akan sentiasa menjadi fokus utama dalam setiap keputusan yang akan dibuat sepanjang proses rundingan ini. Malaysia akan memastikan segala tindakan yang diambil memberi manfaat terbaik untuk kepentingan ekonomi dan perdagangan negara.

Ketuai delegasi Malaysia

image is not available

“Apa yang kita tidak mahu lihat adalah situasi ini makin meruncing kerana ia tidak akan memberi keuntungan kepada sesiapa pun, itu pendapat kita (Malaysia).

“Kita akan teruskan komunikasi kita (dengan AS) seperti yang diumumkan Perdana Menteri pagi tadi,” katanya ketika ditemui media selepas menyampaikan ucapan penutup Persidangan Pelaburan ASEAN (AIC) di ibu negara, semalam.

Dalam pada itu, Tengku Zafrul turut memaklumkan bahawa lawatan Presiden China, Xi Jinping ke Malaysia yang dijangka berlangsung tidak lama lagi, akan memberi tumpuan kepada usaha mengukuhkan hubungan perdagangan serantau.

Ini menunjukkan komitmen Malaysia dalam memperkukuh kerjasama ekonomi dengan rakan-rakan strategik di Asia.

Ketuai delegasi Malaysia

image is not available

“Di pihak Malaysia, apa yang penting adalah kita mengemukakan idea dan cadangan berterusan untuk mengukuhkan perdagangan Malaysia-China.

“China merupakan rakan dagang terbesar Malaysia sejak sekian lama. Pelaburan pula menjadi kunci utama kepada minat China untuk ke rantau ini termasuk Malaysia,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengesahkan delegasi Malaysia akan berlepas ke Washington pada akhir April ini.

Anwar Ibrahim berkata, ini adalah sebahagian daripada diplomasi perbincangan secara baik.

image is not available

Sumber: Astro Awani (Syafik Shukri Jalil)