Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid anggap tindakan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mendakwa dilabel dan ditanda sebagai individu di bawah status ‘Travel Control Office/Order’ (TCO) dalam sistem kawalan sempadan oleh pihak berkuasa sebagai langkah meraih simpati.
Beliau berkata demikian berikutan Meteri Dalam Menteri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menjelaskan tiada keperluan untuk intip pergerakan Ahmad Samsuri.
“Mungkin dia memohon simpati sebab PRK Ayer Kuning (Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Ayer Kuning).
“Menteri Dalam Negeri mengatakan tak ada, kenapa perkara ini perlu,” katanya, hari ini.

Artikel lain: Tiada keperluan intip Ahmad Samsuri, ditemani polis atas tujuan keselamatan – Saifuddin
Ahmad Zahid anggap Samsuri mohon simpati
Terdahulu, Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri Mokhtar mendakwa dirinya dikenakan pemantauan Pejabat Kawalan Perjalanan (TCO) oleh pihak berkuasa.
Ujar Ahmad Samsuri lagi, talian telefon bimbitnya turut dipintas dan akan pergerakannya akan dipantau walaupun atas urusan peribadi.
Beliau memberitahu status tersebut membolehkan segala pergerakan, komunikasi, dan interaksi seseorang dipantau secara menyeluruh, senyap, dan berterusan.

Katanya, ia dilaksanakan atas nama ‘untuk keselamatan negara’ atau ‘untuk kestabilan politik’, tetapi realitinya sering digunakan sebagai alat politik dan cara mudah untuk untuk mengumpul maklumat politik pihak lawan, sebagai usaha untuk mengawal dan menekan suara tertentu.

Dalam kenyataan susulan, Saifuddin dilaporkan berkata, tiada keperluan untuk mana-mana pihak mengintip pergerakan Menteri Besar Terengganu itu kerana Ahmad Samsuri sentiasa didampingi anggota polis atas kapasiti sebagai Menteri Besar.
Sumber: BH Online (Asrol Awang)
