Isu timbunan sampah Pulau Redang tidak akan berulang

LocalEnvironment
7 Oct 2026 • 10:50 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Isu timbunan sampah Pulau Redang tidak akan berulang

KUALA NERUS : Keberkesanan operasi insinerator dan projek rumah sampah yang sedang dibina antara dua perkara yang diberi perhatian serius bagi mengatasi masalah timbunan sampah di Pulau Redang, dekat sini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Datuk Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar memberi penekanan terhadap perkara berkenaan semasa lawatan beliau bersama barisan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke pulau peranginan itu, baru-baru ini.

Beliau berkata, lawatan tersebut turut memberi peluang kepada kerajaan negeri meneliti secara dekat isu berkaitan pengurusan sisa pepejal termasuk bagaimana insinerator yang terdapat di pulau berkenaan berfungsi.

“Selain itu, kita melihat projek rumah sampah yang sedang dalam pembinaan oleh Majlis  Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dan dijangka siap dalam sedikit masa lagi. Insya-Allah selepas ini, isu timbunan sampah di Pulau Redang tidak akan berlaku lagi,” katanya di sini.

Menurut Wan Sukairi, kerajaan negeri turut mencadangkan supaya kekerapan pengangkutan sampah dari Pulau Redang ke tanah besar ditingkatkan daripada dua hari sekali kepada setiap hari.

Katanya, taklimat berkaitan cadangan berkenaan sudah diberikan kepada MBKT, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan agensi berkaitan termasuk pengusaha chalet serta resort di Pulau Redang.

“Insya-Allah, dengan input yang telah diperoleh serta cadangan yang dikemukakan, kita berharap ia dapat menyelesaikan masalah berkaitan pengurusan sisa pepejal atau sampah di Pulau Redang. Termasuk juga isu berkaitan saliran dan perkara-perkara lain yang terdapat di pulau ini,” katanya.

Pada 26 Julai lalu, Mingguan Malaysia menyiarkan laporan Neraka Sampah di Pulau Peranginan apabila timbunan sampah di Pulau Redang begitu menyakitkan mata. – UTUSAN

The post Isu timbunan sampah Pulau Redang tidak akan berulang appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved