Isu Transaksi Tanpa Tunai, Pengarah Kesihatan Tegaskan Bayaran Tunai Masih Boleh Digunapakai

31 Oct 2022 • 5:33 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Pengarah Jabatan Kesihatan Sarawak tegaskan pembayaran secara tunai masih digunapakai

Isu Transaksi Tanpa Tunai, Pengarah Kesihatan Tegaskan Bayaran Tunai Masih Boleh Digunapakai. Tular di media sosial beberapa hari ini dimana perkhabaran tentang Hospital Umum Sarawak hanya akan menerima bayaran daripada pelanggan melalui bayaran tanpa tunai seperti kad debit, kad kredit atau e-wallet.

Namun, hari ini juga Pengarah Jabatan Kesihatan Sarawak, Dr. Ooi Choo Huck menyatakan bahawa pembayaran secara tunai masih boleh digunapakai di Hospital Umum Sarawak.

image is not available
Isu Transaksi Tanpa Tunai, Pengarah Kesihatan Tegaskan Bayaran Tunai Masih Boleh Digunapakai. Sumber gambar: BORNEO POST online

Masih diteruskan kerana ada orang awam yang tiada akaun bank, kawasan pedalaman tiada internet dan orang tua sulit gunakan gadet digital

Walaupun aspirasi negara ingin menjadi sebuah negara yang ’Go Digital’ termasuk melakukan sebarang transaksi “cashless payment” bermula pada 1 Oktober lalu, namun pembayaran secara tunai masih boleh dilakukan di Hospital Umum Sarawak dan tidak terkecuali hospital dan klinik kesihatan yang lain di Sarawak.

image is not available
Isu Transaksi Tanpa Tunai, Pengarah Kesihatan Tegaskan Bayaran Tunai Masih Boleh Digunapakai. Sumber gambar: OHBULAN!

Hal ini masih diperbolehkan kerana ingin memudahkan orang awam yang masih belum memiliki akses penggunaan pembayaran tanpa tunai atau pembayaran secara digital kerana dipercayai masih ada segelintir orang awam yang tidak memiliki akaun bank juga.

Bahkan, hal ini juga masih diteruskan kerana pihak kementerian juga memahami kekangan untuk kawasan pedalaman di Sarawak yang masih memiliki jurang kebatasan untuk jaringan internet dan ada sesetengah orang yang sudah berusia juga memiliki kesulitan menggunakan gadet digital.

Bukan itu sahaja, pada Julai yang lalu, timbalan menteri Dato Sri Dr Sim Kui Hian juga telah menjelaskan bahawa pembayaran secara tunai masih berjalan seperti biasa di semua hospital dan klinik kesihatan kerajaan di Sarawak. Jadi, seharusnya isu pembayaran tanpa tunai ini tidak menjadi permasalahan.

Boleh baca artikel menarik yang lain di bawah: