Isu Tular Notis 300 Pesakit Di Hospital Sungai Buloh, Ini Penjelasan KKM

LocalHealth & Fitness
3 Jul 2025 • 3:12 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sebelum ini, tular satu hantaran di media sosial memaparkan notis di Klinik Ortopedik Hospital Sungai Buloh (HSgB) yang memaklumkan terdapat 300 orang pesakit di pusat kesihatan berkenaan.

Namun apa yang menjadi perhatian apabila mereka hanya mempunyai tiga pegawai perubatan dengan seorang pakar yang bertugas.

Perkara itu secara tidak langsung telah menarik perhatian kerana jumlah petugas kesihatan yang dilihat seperti tidak mencukupi dan perlu menampung jumlah pesakit yang ramia.

KKM jelaskan isu notis 300 pesakit di Klinik Ortopedik

Terbaharu, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tampil menjelaskan berhubung isu yang sedang tular di media sosial itu.

Jelasnya, merujuk kepada situasi yang berlaku pada 30 Jun lalu, pihaknya sudah mendapatkan maklumat lanjut daripada pihak HSgB.

Katanya seramai 158 pesakit telah hadir pada tarikh berkenaan di Klinik Pakar Ortopedik.

“Klinik dikendalikan oleh tiga pakar dan tiga pegawai perubatan, mengikut jadual dan kapasiti sedia ada.

“Anggaran kehadiran lebih 300 orang seperti yang tular turut merangkumi ahli keluarga atau penjaga yang menemani pesakit.

“Ini adalah amalan biasa di fasiliti kesihatan awam, khusunya bagi warga emas dan kanak-kanak,” ujarnya dalam satu kenyataan di X.

HSgB sedang usaha melakukan penambahbaikan, sedarkes rujukan tinggi

KKM turut mengakui beban bagi kes di hospital rujukan seperti HSgB tinggi serta usaha penambahbaikan sedang dilakukan secara berterusan bagi memperbaiki aliran pesakit.

Selain itu pihaknya juga memahami mengenai kesulitan yang dihadapi oleh para pesakit serta keluarga khususnya berhubung masa menunggu.