Isu tunggakan gaji: KBS saran FAM cari jalan penyelesaian sebaiknya

14 Jul 2024 • 8:51 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Adam Adli berucap pada Program Kembara Jumpa Orang Muda (JOM) pada Ahad. Foto Bernama

KEMENTERIAN Belia dan Sukan menyarankan agar Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menangani dan mencari jalan penyelesaian sebaiknya berhubung masalah tunggakan gaji pemain dalam Liga Malaysia (Liga M) 2024/2025.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim berkata, pihaknya tidak mencampuri isu itu kerana telah menyerahkan sepenuhnya isu tunggakan gaji pemain kepada FAM.

"Buat masa ini, yang kita tekankan ialah FAM perlu menangani perkara ini sebaik mungkin,” katanya kepada media selepas menghadiri program Kembara Jumpa Orang Muda (Kembara Jom) Peringkat Negeri Pahang 2024 di Dewan Datuk Sri Abdul Manan Ismail di sini pada Ahad.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu tunggakan gaji beberapa pasukan yang beraksi dalam saingan Liga M musim 2024/2025.

Pada Jumaat lepas, pemerhati sukan, Datuk Dr Pekan Ramli berkata, FAM berpotensi berdepan hukuman daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) jika gagal menghentikan isu berulang masalah tunggakan gaji pemain dalam Liga M. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved