Isu tuntut hutang, Ali Puteh enggan layan! Mahu fokus meniaga sambal

17 Aug 2023 • 11:46 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pendedahan balu kepada Allahyarham pelawak terkenal, Abam Bocey iaitu Siti Norhidayah Mohd Ali berhubung dakwaan bahawa adik iparnya, Ali Puteh masih belum menjelaskan tuntutan saman yang dimenanginya telah mendapat perhatian ramai.

Sedang rancak berniaga

Menerusi perkongsian sebuah video di TikTok Oh Bulan, Ali yang kini sedang rancak berniaga sambal petai ada memaklumkan bahawa produk sambal keluarannya mendapat sambutan mengalakkan.

image is not available

Mahu bertindak matang!

Sedar ramai kembali berkata perihal dirinya terutama apabila bersiaran langsung di media sosial, Ali atau nama sebenarnya, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan enggan mengulas lanjut perihal isu terbabit kerana mahu fokus kepada perniagaannya.

“Saya bertindak matang kali ini, tak ada nak keluar kenyataan. Saya mahu fokus dengan perniagaan,” ujarnya.

Kalau layan nanti masalah pula

Dalam pada itu, Ali juga mengakui ramai pihak media yang menghubunginya untuk mendapatkan kenyataan lanjut berhubung isu berkenaan.

Namun, dia enggan melayani panggilan tersebut kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan sehingga memudaratkan dirinya lagi.

“Media banyak menghubungi saya. Cuma saya tak mahu layan. Kalau layan jadi masalah. Saya ambil tindakan bijak, masak sambal seperti biasa dan fokus kepada perniagaan,” jelas pelawak itu.

Terdahulu, Siti Norhidayah telah memuat naik satu hantaran menyatakan bahawa Ali masih belum melunaskan tuntuan saman berjumlah RM76,167.28.

Tidak hanya itu, kakak kepada Ali juga didakwa belum membayar RM2,000 kepadanya hasil kalah saman tempoh hari walaupun perkara tersebut telah berlaku lebih setahun lalu.

Sumber: TikTok Oh Bulan