
Jabatan Wilayah Persekutuan melalui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyokong aktiviti dakwah dan tidak pernah menghalang aktiviti seumpamanya. Namun, aktiviti seumpamanya hendaklah dilaksanakan mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh semua pihak berkuasa.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh, menegaskan bahawa isu yang tular berkaitan aktiviti dakwah di Bukit Bintang sebenarnya berpunca daripada pemasangan kanopi dan bukannya isu dakwah itu sendiri.
Menurut Hannah, kerjasama antara Jakim, Jawi, dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan adalah untuk memastikan aktiviti dakwah dijalankan dengan selamat dan harmoni.
“Ekspert agama adalah badan berkuasa seperti mereka dan bukan DBKL. DBKL hanya mengawasi lokasi, contohnya pemasangan kanopi, mengikut Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974. Jadi setiap agensi melihat isu berbeza,” jelas beliau pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat.
Beliau menambah bahawa pihak Jakim turut mengambil kira waktu pelaksanaan, sensitiviti agama, aliran trafik, dan faktor keselamatan sebelum aktiviti dakwah dijalankan. Semua perkara ini dibincangkan dalam mesyuarat koordinasi yang melibatkan semua pihak bagi memastikan keselamatan pendakwah dan orang ramai.
“Saya nak bagi contoh satu notis mesyuarat yang dipanggil oleh Jakim. Mereka ada jemput mesyuarat koordinasi program strategik dakwah di mana mereka jemput semua pihak untuk turun berbincang, koordinasikan aktiviti seperti itu supaya ada harmoni bila mereka turun dan selamat untuk pendakwah dan yang mendengar dakwah tersebut. Itu adalah prioriti agensi-agensi seperti itu,” katanya.
Baca juga:
YDPA gering, susulan kesakitan melibatkan otot dan tulang
‘Waktu PdP Matematik ditingkatkan kepada 608 jam’ – Fadhlina
Cabul dan rakam kakak OKU, lelaki dihukum 34 bulan penjara, 6 sebatan
Beliau juga menjelaskan bahawa dakwaan yang mengaitkan isu ini dengan Datuk Bandar yang baru adalah bersifat fitnah.
“Isu utama dalam kes ini adalah berkaitan dengan kanopi, bukannya isu dakwah. Barangan yang diambil oleh pihak DBKL di simpang Bukit Bintang tersebut adalah kerusi, meja lipat, dan kanopi yang pada waktu tersebut tidak mempunyai penjaga dan tindakan diambil selepas menerima aduan,” ujarnya.
The post ‘Isu utama berkait kanopi,bukan dakwah’ – Hannah Yeoh appeared first on The Reporter.
