Isu Video Provokasi: TikTok & MCMC Akan Jalin Kerjasama Bantu Bendung Kandungan Berbaur Provokasi & Ekstremis

6 Dec 2022 • 10:25 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available
TikTok jalin kerjasama dengan MCMC

Sebelum ini, tular beberapa video yang berbaur provokasi di TikTok hingga membuatkan ramai kurang senang dengan keadaan tersebut.

Susulan itu, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bersama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah bertindak untuk memanggil pihak pengurusan TikTok bagi memberikan penjelasan tentang video yang tular di aplikasi mereka.

Perkara itu dilakukan adalah bertujuan untuk mengekang dari tersebarnya video-video yang boleh mengganggu keharmonian awam.

Terbaharu, penyedia aplikasi berkenaan bakal menjalinkan kerjasama stratergik bersama dengan pihak MCMC untuk membanteras kandung yang berunsur provokasi dan ektremis di platform tersebut.

TikTok nyatakan hasrat untuk jalinkan kerjasama stratergik dengan MCMC

Menurut laporan Malaysiakini yang dipetik dari Bernama, Menteri Komunikasi Digital Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil memaklumkan perkara itu dinyatakan oleh penyedia TikTok ketika sesi perjumpaannya dengan pihak aplikasi berkenaan dan MCMC, pada petang semalam (5 December).

“Hasil perbincangan ini, pihak TikTok menyatakan hasrat dan komitmen untuk menjalin kerjasama strategik dengan Kementerian Komunikasi Digital melalui MCMC untuk segera membendung dan membanteras penyebaran kandungan berunsur provokatif dan bersifat ekstremis ini di media sosial yang mengganggu keharmonian pelbagai lapisan masyarakat.

“Insya-Allah, saya juga akan mengadakan beberapa lagi siri perjumpaan dengan penyedia platform media sosial yang lain bagi memastikan isu ini ditangani secara holistik dengan kadar segera,” jelasnya.

Jelas beliau, penyebaran kandungan seperti berunsur provokatif, menggugat keharmonian dan menyentuh sentiviti kedudukan institusi Raja, agama serta bangsa perlu dibendung dengan segera, malah ia adalah antara perkara yang ditekankan semasa Mesyuarat Kabinet Khas dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya pada pagi semalam (5 December).