Isu Waktu Sekolah Bulan Ramadan, Kenyataan Fadhlina Disalah Tafsir – Dr Akmal

LocalPolitics
18 Feb 2025 • 12:05 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh menjelaskan kenyataan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek disalah tafsir apabila didakwa seolah-olah tidak membenarkan waktu sekolah sesi petang pada bulan Ramadan ditamatkan lebih awal.

Isu waktu sekolah bulan Ramadan

Beliau berkata, pada awalnya Fadhlina hanya berseloroh namun selepas itu menegaskan bahawa waktu tamat sesi petang adalah berdasarkan pekeliling yang dikeluarkan sebelum ini iaitu jam 5.30 petang bagi Semenanjung dan 5 petang bagi Sabah, Sarawak serta Labuan.

image is not available

Foto: Bernama

“Yang Berhormat (YB) Fadhlina berseloroh… menyatakan kenapa nak tamatkan sesi petang lebih awal, bukan boleh buka puasa.

“Sebenarnya beliau mengikut pekeliling sedia ada sejak Mac 2022 dimana sekolah sesi petang di Semenanjung tamat 6.30 petang.

“Manakala sekolah sesi petang di Sabah, Sarawak dan Labuan akan tamat pada 5 petang,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook pada malam Isnin.

Justeru, Dr Akmal meminta orang ramai supaya tidak terburu-buru mengecam atau menyebarkan maklumat salah tanpa usul periksa.

image is not available

Foto: Bernama

“Bila orang hentam YB Fadhlina, saya tengok (video) pun naik marah. Tapi bila tengok (kenyataan) sebenar, rupanya bukan begitu. (Sesi petang) memang balik awal pun, ibu bapa jangan risau. Kalau tak tahu jangan main hentam saja, nanti jatuh fitnah,” ujarnya lagi.

Terdahulu, kenyataan Fadhlina menerima kritikan daripada beberapa pemimpin pembangkang antaranya Ahli Parlimen Putrajaya, Dr Radzi Jidin dan Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Saari.

Sumber: FB Akmal Saleh

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved