Jangan keluar kenyataan, andaian berhubung siasatan video

17 Jul 2019 • 7:31 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KLANG - Semua pihak perlu berhenti mengeluarkan kenyataan bersifat spekulasi dan memberi ruang kepada polis melakukan siasatan sepenuhnya berhubung kes penyebaran video seks yang dikaitkan dengan seorang menteri.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor, Amirudin Shari berkata, tindakan sesetengah pihak yang membuat pelbagai andaian antaranya sama ada video berkenaan tulen atau tidak adalah tidak sama sekali membantu menangani politik fitnah dan jijik.

"Jangan nak kalau-kalau lah, jika siasatan polis dapati ia (video) benar, maka ambillah tindakan, sementara itu kita beri ruang kepada polis untuk lakukan siasatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Video intim: Tun M yakin wujud komplot jatuhkan Azmin

"Kita jangan buat asumsi-asumsi tulen atau tidak tulen, ia tidak membantu sama sekali dalam kita menangani politik jijik ini," katanya ketika diminta mengulas kenyataan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilaporkan mahu menteri yang didakwa terlibat dalam video itu meletakkan jawatan jika ia terbukti tulen.

Amirudin bercakap pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Wacana Perbandaran Rendah Karbon Ke Arah Bandar Pintar peringkat Selangor dan Pelancaran Green Earth Smart System di sini hari ini. - Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved