Itali: Pemain pertahanan Arsenal Pablo Marì cedera ditikam

Football
28 Oct 2022 • 5:42 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

ROM: Pemain pertahanan Sepanyol bagi pasukan Serie A Monza, Pablo Marì cedera dalam kejadian tikaman di sebuah pasar raya di Assago, dekat Milan pada Khamis.

Bek tengah berusia 29 tahun dipinjamkan dari Arsenal itu adalah antara empat mangsa yang cedera dalam insiden yang turut meragut satu nyawa.

Dalam kejadian itu seorang lelaki yang dilaporkan mengalami masalah kesihatan mental menyerang orang ramai di pasar raya itu, lapor agensi berita Itali (ANSA).

Mari dilaporkan ditikam di belakang semasa membeli-belah bersama isteri dan anaknya.

Beliau kini dirawat di hospital Niguarda, Milan dan akan menjalani pembedahan pada Jumaat.

Pengarah Monza Adriano Galliani berkata pada Khamis Mari tidak berada dalam keadaan yang mengancam nyawa.

Menurut ANSA, penyerang berusia 46 tahun itu dilaporkan mengambil pisau yang dijual di pasar raya itu dan mula menyerang orang ramai.

Dia menghadapi tuduhan membunuh dan cubaan membunuh beramai-ramai.-Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved