Itali & Sepanyol Hantar Kapal Perang Bantu Misi Global Sumud Flotilla Menuju Gaza

WorldPolitics
25 Sep 2025 • 10:20 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu

Ketika ini, lebih 50 kapal dari seluruh dunia sedang berlayar ke Gaza untuk menghantar bantuan kemanusiaan buat penduduk Palestin yang berdepan kebuluran.

Misi yang digelar Global Sumud Flotila (GSF) ini dilakukan selepas Israel yang melakukan sekatan kepada bantuan-bantuan luar dari darat yang ingin memasuki wilayah bergolak itu

Lebih parah lagi, satu siri serangan telah disasarkan ke atas konvoi kemanusiaan itu ketika berada di perairan Greece.

Itali hantar kapal perang bantu misi flotila menuju Gaza

Terbaharu, Itali pada semalam (24 September) telah menghantar sebuah kapal perang jenis frigat Tentera Laut untuk membantu flotila yang menuju Gaza.

Menurut media antarabangsa, langkah itu susulan arahan Menteri Pertahanan Itali, Guido Crosetto selepas insiden serangan dron ke atas bot-bot tersebut.

Kata Crosetto, ia sebagai salah satu usaha untuk memastikan keselamatan warga Itali yang menyertai misi itu.

Beliau mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri Itali, Giorgia Meloni dan meluluskan tindakan segera menghantar kapal itu sebagai sebahagan daripada operasi mengawal perairan.

Dalam pada masa sama, Crosetto turut mengecam keras insiden serangan berkenaan.

Minta Israel jamin keselamatan warga Itali

Malah, Menteri Luar Itali, Antonio Tajani turut meminta Israel agar menjamin keselamatan warganegara Itali termasuk ahli parlimen negara itu dan ahli Parlimen Kesatuan Eropah (EU) yang menyertai aktivis pro-Palestin.

Kementerian itu turut memaklumkan kepada Israel, sebarang operasi dijalankan pasukan Israel mesti mematuhi undang-undang antarabangsa.

Sepanyol turut hantar kapal perang bantu misi flotila

Tidak sampai sehari, Sepanyol pula menyusul dengan menghantar kapal perang mereka bagi melindungi para pelayar di dalam misi flotila itu.

Memetik Berita Harian, Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez berkata, konvoi kemanusiaan itu disertai rakyat dari 45 negara yang membawa makanan untuk penduduk Gaza serta menunjukkan solidariti terhadap penderitaan mereka.

“Kerajaan Sepanyol menegaskan bahawa undang-undang antarabangsa mesti dihormati dan hak rakyat kami untuk belayar di Laut Mediterranean dalam keadaan selamat juga mesti dipelihara.

“Esok kami akan menghantar sebuah kapal tentera laut dari Cartagena dengan semua sumber yang diperlukan sekiranya perlu membantu flotila itu dan melaksanakan operasi menyelamat,” katanya.

Source: