
MILAN – Roberto Mancini menamatkan kemelut bola sepak Itali apabila dilantik sebagai ketua jurulatih baharu The Azzurri buat kali kedua.
Mancini kini menggalas tanggungjawab besar untuk mengembalikan imej Itali sebagai jaguh bola sepak dunia yang dipalit kecewa kerana gagal layak ke Piala Dunia tiga kali berturut-turut.
Presiden Persekutuan Bola Sepak Itali (FIGC), Giovanni Malago berkata, pihaknya sudah melakukan pertimbangan banyak aspek sebelum mengambil keputusan melantik Mancini selain Claudio Ranieri dilantik sebagai pengarah teknikal menggantikan Paolo Maldini.
“Kita mempunyai jurulatih dan Pengarah Teknikal baharu. Saya rasa orang yang sepatutnya menjadi jurulatih pasukan Itali adalah Roberto Mancini dan keputusan ini dibuat selepas melakukan banyak pertimbangan,” kata Malago.
Untuk rekod, Mancini pernah melatih Itali pada 2018 hingga 2023 dan membantu negara itu menjuarai Euro 2020.
Nama Pep Guardiola turut dikaitkan dengan jawatan itu bagi menggantikan Gennaro Gattuso yang gagal bawa pasukan ke Piala Dunia 2026, namun permintaan gaji yang terlalu tinggi gagal dilunaskan oleh FIGC.
Sebelum ini, legenda Itali, Maldini buat keputusan meletakkan jawatan sebagai pengarah teknikal FIGC selepas hanya 16 hari dilantik selepas dikatakan tidak bersetuju dengan cadangan melantik Andrea Pirlo ke jawatan pengendali baharu. – AGENSI
The post Itali temui jalan akhiri kemelut appeared first on Kosmo Digital.



