Itam: A Sun Bear Story, Dokumentari Ikon Ekopelancongan Negara Sempena VM2026

LocalEnvironment
21 Dec 2025 • 2:36 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

Malaysia bakal menampilkan satu kisah alam semula jadi yang menyentuh hati menerusi Itam: A Sun Bear Story, dokumentari berdurasi penuh pertama negara mengenai Beruang Matahari Malaya, spesies terancam yang menjadi khazanah biodiversiti Asia Tenggara.

Dokumentari ini mendapat sokongan padu pelbagai pihak, termasuk Bask Bear Coffee & Toasties sebagai penaja makanan dan minuman, serta Tourism Malaysia yang mempromosikannya sebagai sebahagian daripada inisiatif Visit Malaysia 2026 (VM2026). 

Kerjasama ini mengangkat Itam sebagai simbol kesedaran pemuliharaan dan potensi ekopelancongan Malaysia di peringkat global.

Diterbitkan oleh Brainchild Pictures Malaysia, Itam: A Sun Bear Story membawa penonton menyelami perjalanan seekor beruang matahari yang diselamatkan, dipulihkan dan akhirnya dilepaskan semula ke habitat semula jadinya oleh Pusat Pemuliharaan Beruang Matahari Borneo (BSBCC) di Sandakan, Sabah.

Melalui visual sinematik hutan hujan tropika dan penceritaan yang menyentuh emosi, dokumentari ini menonjolkan keindahan alam semula jadi Malaysia, di samping realiti cabaran yang dihadapi hidupan liar akibat kemusnahan habitat. 

Ia sekali gus menyerlahkan Sabah dan Borneo sebagai destinasi penting ekopelancongan dan pemuliharaan hidupan liar.

Sokongan Jenama Tempatan Untuk Warisan Alam Negara

Penglibatan Bask Bear Coffee & Toasties dalam projek ini membawa makna istimewa. Identiti jenama tersebut sejak awal penubuhan diinspirasikan oleh Beruang Matahari Malaya, melambangkan keberanian, kemesraan dan keunikan tempatan.

Sebagai simbol sokongan, Bask Bear memperkenalkan Charcoal Toastie edisi terhad bersempena kolaborasi ini, tersedia sehingga 21 Januari 2026. 

Menu khas ini mencerminkan komitmen terhadap kelestarian, sumber tempatan dan kesedaran alam sekitar, nilai yang selari dengan mesej dokumentari Itam.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holding Sdn Bhd, Bryan Loo berkata, kerjasama ini mencerminkan inspirasi jenama Bask Bear sejak awal penubuhan serta sokongannya terhadap usaha pemuliharaan di Malaysia. 

“Bask Bear diinspirasikan oleh Beruang Matahari Malaya sejak hari pertama. Sebab itu kami memilih untuk menyokong Itam.

“Kerjasama ini membolehkan kami membantu meningkatkan kesedaran dan mengetengahkan warisan Malaysia ini ke peringkat lebih luas. Kami sangat bangga dapat menyokong Itam, yang turut mendapat pengiktirafan Tourism Malaysia, dan menghargai usaha bermakna Pusat Pemuliharaan Beruang Matahari Borneo (BSBCC) di Sandakan dalam melindungi spesies terancam ini,” ujar beliau.

Pengalaman Gastronomi Bertema Alam Tropika

Selain dokumentari, pengunjung juga boleh menikmati pengalaman gastronomi bertemakan hutan tropika Malaysia menerusi menu khas Bask Bear yang diinspirasikan oleh beruang matahari dan alam semula jadi Borneo. 

Antara menu edisi terhad yang tersedia ialah Cheezy Chicken Charcoal Toastie, Spicy Aren Chicken Charcoal Toastie, Spicy Aren Beef Charcoal Toastie, Cheezy Chicken Rice Bowl, Aren Aerocano dan Aren Latte.

Menu ini menggunakan gula Aren® tempatan dari Borneo, sekali gus menyokong komuniti dan sumber tempatan.

Filem ini diharap dapat menarik minat pelancong tempatan dan antarabangsa untuk meneroka Malaysia dari sudut yang lebih bermakna, bukan sahaja keindahan destinasi, tetapi juga usaha melindungi alam semula jadi dan hidupan liar yang menjadi nadi negara. - Getaran, 21 Disember 2025

View Original Article