“Itu Adalah Kerelaan..” – Ashira Sedih Dituduh Tinggalkan Arwah Bad Indigo Ketika Susah

EntertainmentMusic
30 Oct 2023 • 1:13 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penyanyi Ashira meluahkan rasa kecewa dan terkilan apabila segelintir pihak menuduhnya meninggalkan bekas suami, Allahyarham Bad Indigo ketika susah.

Ashira yang dihubungi media meluahkan rasa kesal mengenai isu dan enggan mengulas lanjut mengenai tindakan individu berkenaan.

Enggan membuka kisah lama, Ashira meminta orang ramai di luar sana untuk mendoakan arwah bekas suaminya itu.

Saya minta tolong jangan dipanjangkan cerita ini. Arwah baru saja pergi. Saya nak jaga banyak hati.

Ini bukan mengenai saya. Sepatutnya mendoakan arwah lebih elok dari buka ceria lama dan menyerang saya. Tak faham dengan segelintir manusia yang macam ni. Minta maaf ya saya, tak dapat nak komen lanjut.

Sebelum ini, Ashira dilihat berbalas mesej dengan individu yang menuduhnya mengabaikan Bad ketika arwah sakit.

@astrogempak

GempakNews: Ashira kenang kebaikan arwah Bad Indigo Klik link untuk artikel penuh #beritaditiktok #sembangentertainment

? original sound – Gempak – Gempak

Terdahulu, penyanyi Bad dari kumpulan Indigo dilaporkan meninggal dunia akibat sakit jantung pada malam Jumaat yang lalu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 5 days ago

"Saya Kehilangan Kata-Kata" - Ashira Menggigil Dengar Berita Bad Indigo Meninggal Dunia