“Itu adik ipar aku!”- Khai Bahar nafi dakwaan liar, maafkan pemfitnah

LocalEntertainment
5 May 2025 • 10:46 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Penyanyi terkenal, Khai Bahar, 31, tampil ‘sound direct’ selepas gambarnya bersama seorang lelaki dalam kereta tular di platform X hingga mencetuskan spekulasi liar dalam kalangan netizen.

Khai atau nama sebenarnya Muhammad Khairul Baharuddin menegaskan lelaki dalam gambar tersebut bukan individu asing, sebaliknya adik iparnya sendiri.

Tolong siasat sebelum nak cakap. Itu adik ipar aku! Benaklah komen-komen pun. Anda semua buat spekulasi. Jom jumpa aku dulu, kita minum kopi siasat depan-depan,“ tegasnya dalam satu hantaran di platform X, hari ini.

image is not available

Penyanyi lagu Luluh itu turut meluahkan rasa kecewa apabila dirinya terus menjadi sasaran tuduhan tak berasas, malah mengakui kebanyakan urusan kerja serta peribadi memang banyak dibantu oleh ahli keluarga sendiri.

Aku ni keluarga banyak tolong kalau nak pergi mana-mana. Kalau kerja pun abang kandung aku jadi pembantu peribadi,” ujarnya.

image is not available

image is not available

Tak hanya mempertahankan diri, Khai turut memberi amaran supaya isu tersebut tidak diperbesarkan hingga menjejaskan reputasi.

Sumber: X khaibahar94_

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved