“Itu Anak Kandung Saya” – Kamal Adli Tegur Hantaran Netizen Disifatkan Melampau

EntertainmentFamily & Parenting
22 Dec 2025 • 5:28 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Aktor Kamal Adli meluahkan rasa kesal dan kecewa terhadap satu hantaran netizen yang disifatkan melampau serta tidak berperikemanusiaan, khususnya apabila melibatkan anak kandungnya.

Menerusi satu perkongsian di Threads, Kamal tampil memberi respon tegas sambil meminta orang ramai agar menjaga adab dan tidak melampaui batas, lebih-lebih lagi apabila menulis komen berkaitan kanak-kanak.

Advertisement

image is not available

Salam.. Ini sangat2 melampauu.. Terlalu melampu untuk manusia normal n sbg muslim. Itu anak kandung sy. Tolong manusia kalau takde apa baik nk tulis.. Pls jgn smpi level ni.

Luahan tersebut dipercayai dibuat susulan satu hantaran atau komen yang menyentuh soal anaknya, sekali gus mencetuskan kemarahan dan rasa terkilan aktor berkenaan.

Perkongsian Kamal itu mendapat sokongan ramai warganet yang bersetuju bahawa kanak-kanak tidak seharusnya dijadikan sasaran komen negatif, apatah lagi dalam konflik atau isu melibatkan orang dewasa.

image is not availableimage is not available

Rata-rata netizen menegaskan bahawa kebebasan bersuara tidak seharusnya disalahgunakan sehingga mengguris perasaan ibu bapa dan menjejaskan kesejahteraan emosi kanak-kanak yang tidak bersalah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available2025-12-22 11:22:09

Tular Kes 'Lama' Libatkan Uqasha Senrose, Kamal Adli Rayu Henti Sebar Kisah Negatif - "Kasihankan Kami Dan Anak, Hawra Uqaira"

The post “Itu Anak Kandung Saya” – Kamal Adli Tegur Hantaran Netizen Disifatkan Melampau first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.