“Itu Bukan Idola, Elok Jadi Ulat Sampah..” – Sharnaaz & Naim Berang Selebriti Takut Hilang ‘Job’ Dari Sokong Palestin

18 Oct 2023 • 11:40 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seperti yang ramai tahu, isu peperangan yang sedang berlaku di negara Palestin itu telah membuat ramai selebriti dan personaliti media sosial menunjukkan solidariti mereka terhadap saudara Islam di sana.

Namun begitu, masih ada segelintir yang memilih untuk mendiamkan diri kerana takut hilang followers atau kerjasama dengan jenama-jenama luar. Kerana itu, Sharnaaz Ahmad terlihat melenting di Story Instagramnya, menyedarkan para artis untuk turut memberi sokongan.

Itu Bukan Idola, Elok Mampus Saja Jadi Ulat Sampah.

image is not available

Sumber : Instagram  

Kata pelakon itu lagi, walau dirinya tidak arif tentang hal agama tetapi dia masih kekal dengan pendirian untuk tetap berdiri bersama rakyat Palestin.

Pada masa yang sama, seorang lagi artis terkenal, Naim Daniel turut memuatnaik status di laman Twitternya mengatakan influncers dan selebriti tak patut takut untuk hilang job kerana menyokong Palestin.

Rezeki di tangan Allah, bukan di tangan Israel.

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.