“Itu Bukan Suara Zara, Mohon Jangan Sebar Fitnah” – Peguam Jawab Isu Video Arwah Zara Minta Tolong

LocalFamily & Parenting
10 Aug 2025 • 6:15 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui laporan Harian Metro, peguam yang mewakili keluarga Allahyarham Zara Qairina tampil menafikan bahawa suara jeritan meminta tolong seperti ditularkan di media sosial bukanlah suara remaja 13 tahun itu.

Tegas Hamid Ismail, dia menyifatkan perkara tersebut adalah fitnah semata-mata dan meminta orang ramai tidak menyebarkan info yang tidak pasti serta sahih.

image is not available

Ada tular di TikTok tentang video perempuan menjerit-jerit, itu bukan Zara. Sokonglah ibu Zara yang emosinya sedang tertekan ketika ini.

Sebelum, di platform media sosial, tular video memaparkan suara seorang remaja perempuan meminta tolong dan ramai mendakwa ia merupakan suara arwah Zara.

image is not available

Kami memohon supaya memadam video dan gambar berkenaan. Spekulasi hanya menambah tekanan dan kesedihan kepada anak guam kami.

image is not available 2025-08-10 17:01:50

"Kita B*li Ramai-Ramai Biar Dia B*nuh Diri Macam Zara Qairina" - Satu Lagi Luahan Pelajar Asrama Tular