“Itu Fitnah” – Menteri Nafi Penunggang Motosikal Kena Tol Oktober Ini

LocalPolitics
11 Aug 2025 • 11:10 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia menteri

Baru-baru ini, tular di media sosial dakwaan menyatakan penunggang motosikal akan mula dikenakan tol bermula Oktober ini.

Namun, Harian Metro melaporkan dakwaan itu hanyalah khabar angin dan tidak benar. Perkara itu disahkan oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi sendiri.

Menteri tegaskan tol motosikal hanya khabar angin

image is not available

Jelas beliau, kerajaan tidak pernah merancang untuk mengenakan tol kepada penunggang motosikal, malah menyifatkan dakwaan itu sebagai fitnah yang boleh menimbulkan keresahan pengguna jalan raya.

Apa yang tular di media sosial berkenaan tol kepada penunggang motosikal adalah tak betul, saya rasa itu fitnah. Kenyataan itu boleh menimbulkan keresahan pengguna jalan raya, kita tak pernah cadang pun.

Terdahulu, orang ramai memberikan pelbagai reaksi selepas tular hantaran kononnya motosikal akan dikenakan tol selepas ini.

Ramai yang menghentam kerajaan tanpa usul periksa meskipun hantaran tersebut tidak sahih.

Pssttt! Nasib baik pihak berkuasa cepat tampil beri penjelasan, jadi penunggang motosikal tak perlu risau ya.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.